Lepas solat tarawih terus la ke Desa Perwira. Apa entah nama kedai tu. Masa kami sampai tadi ramai jugak orang. Takde apa sangat pun. Sosej, cucur, yang cucuk-cucuk perisa crab tu. Tu jela.
Lepas tu dia letak la keropok, salad, timun. Curah sos atas tu. Air pulak order teh o ais 2, air suam 1. Total semua sekali RM21.
Tak sedap sangat yang cucuk-cucuk tu. Tapi sebab dah sampai kan buat rasa-rasa jela. Nak repeat lagi memang tak.
Tahun lepas pergi kedai lain banyak pilihan coleknya tu. Sos pun sedap. Tadi Faiz ingat nak ke situ. Tapi kami ajak pergi cuba tempat baru tu la. Sayang sekali tak memenuhi selera.
Masa kami duk makan tadi pun semakin ramai orang datang. Taktau la makan apa tu. Tadi tinggal sosej je. Tempat tu best untuk lepak cuma banyak nyamuk jela.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.