Pagi ni menu sahur kita sama minuman je. Mudah disediakan. Begitulah style Cie bersahur menurun kat anak-anak juga. Dulu masa kecik makan nasi waktu sahur.
Memori mak kejut sahur tu selagi tak bangun selagi tu la mak duduk tepi telinga. Selalunya mak akan kejut dia tak sebut waktu sebenar. Kalau masa tu pukul 5, mak akan cakap 5.30 sebab dia nak suruh kita bangun cepat. Tinggal kenangan je dah.
Menu sahur selalunya yang simple je macam menu telur, sambal hitam, sardin, ikan masin, ayam goreng, ikan goreng. Kalau ada leftover menu berbuka mak panaskan je.
Cie ni sahur tak makan nasi sejak dah kerja duduk sendiri. Nak bangun tu malas. Makan sebelum tidur, waktu sahur tu bangun minum air je.
Sejak kenal Shaklee la mula sahur protein shake Shaklee. Memang kenyang sampai berbuka takde kriuk bunyi perut. Tu yang selesa minum je. Nak elak dahaga waktu puasa pulak minum Performance Drink.
Untuk sahur hari ketiga puasa ni macam biasa anak-anak air Vico ais dan Performance Drink Orange. Untuk Cie tukar Cinch Shake Salted Caramel pulak. Flavour baru jugak ni. PD Orange Cie campur dengan Cinch Tea.
Mudah saja menu sahur kami. Hari ni nak restock bahan mentah sayur dan lauk pauk. Ada lagi yang beli masa cuti raya cina hari tu. Cuma topup sikit-sikit jela untuk menu berbuka sepanjang minggu ni.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.