Resipi Nasi Goreng Tomyam

Malam 22 Januari yang kakak Raisha ada acara Penutup Kejohanan Sukan Tahunan tu dia kena pergi sekolah awal dalam 6.30 petang untuk persiapan perbarisan malam tu. 

Cie pun plan masak Nasi Goreng jela. Dah selalu sangat masak Nasi Goreng Kampung so Cie tukar kepada Nasi Goreng Tomyam pulak. Tak sangka la memang sedap ye. Tu pun guna bahan apa yang ada jela.



Resipi Nasi Goreng Tomyam Yang Mudah Disediakan

Bahan-bahan Nasi Goreng Tomyam

Nasi putih
Bawang putih ketuk
Bawang besar hiris
Serai hiris
Cili padi ketuk
Carrot potong halus
Daun ketumbar
Bahan perasa

Cara Membuat Nasi Goreng Tomyam

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang putih, bawang besar, serai sehingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan tumis sehingga masak.
  3. Masukkan carrot dan cili padi ketuk, kacau sekejap.
  4. Masukkan perencah tomyam, kacau-kacau rata.
  5. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati. Perasakan.
  6. Angkat dan hidangan. Tabur daun ketumbar.
Kalau ada isi ayam, sotong dan udang pun boleh masukkan sebagai rencah. Cie hari tu tak letak haiwan dalam tu sebabnya Cie goreng ayam Ramly buat makan dengan Nasi Goreng Tomyam.

Sayuran lain pun boleh masukkan juga. Masa Cie masak tu ada carrot je sikit sangat tak sampai segenggam pun. 

Cie tambah juga timun, telur mata dan cili potong serta tak dilupakan keropok goreng


Buah pulak ada tembikai dan limau. Lengkap la hidangan dinner kami 4 beranak. Dah beberapa minggu berlalu baru sempat nak kongsikan resipi. Senang nak refer nanti.





Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Sedapnya.. letak seafood byk lg mantap kan... kalau sy selalu buat meehoon tomyam jer.. gu dgn telur dadar cincang... anak² suka buat bekal ke sekolah

    BalasPadam
  2. Nasi goreng tomyam memang sedap. Nampak cukup semua ramuan Cie tu, bertambahlah kesedapannya.

    BalasPadam
  3. Sedapp nya rasa tomyam tu kan
    Sekai sekala tukar citarasa
    Blh ciknur try nanti ni resepi cie

    BalasPadam
  4. Tak pernah masak nasi goreng tomyam. Sedap ni. Nanti Nani cuba...

    BalasPadam
  5. Nak try la... Tq Cie rajin kongsi resepi 🌹

    BalasPadam
  6. Ada idea ni buat sahur nanti. Thanks Cie

    BalasPadam
  7. Rindduuuuu makan nasgor Tomyam. Trakhir makan di Bangkok tapi 😄. Daun ketumbar tuh yg sampai skr saya tak sanggub makan. 😅. Jadi kalau ada itu, pasti saya skip bahanya 😄

    BalasPadam
  8. Dinner paling senang buat nasi goreng. Akk pun sama.. lagi² kerap sangat nasi berlebih.

    BalasPadam
  9. nasi tomyam kena letak seafood banyak ar.. tak pernah buat lagi. nanti kita cuba juga lah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.