Tahun lepas ada beli juga tapi besar sikit beli di Sogo masa ada sales. Yang baru beli ni kecil sikit so boleh la untuk 1 hingga 2 malam kalau ada kursus atau travel untuk seorang.
Masa pergi Sekinchan tu baju Faiz sorang je. Cie selit la tumpang juga beberapa helai baju yang tak muat nak sumbat dalam luggage besar. Maklum la anak dara besar-besar dah baju banyak. 3 beranak girls.
Baju, seluar, tudung, pakaian dalaman lagi, macam-macam la semua nak bawak kalau bercuti. Kalau boleh pikul almari tu nak bawak. Masalah sejagat kaum wanita. Hahaha. Orang lelaki senang sehelai baju seharian pakai. Seluar pulak sama je setiap hari.
Sekali pakai luggage Urbanlite ni kesimpulannya semua ok saja. Roda ok smooth je walaupun tarik kat kawasan tak rata. Masa stay kat Padi Sentral Sekinchan tu kawasan parking tak rata macam berbatu, pasir segala la.
Dalam luggage pun luas la jugak kalau nak isi barangan peribadi. Ada banyak zip-zip juga kat dalam yang kita boleh la isi apa yang patut.
Cie beli yang 20 inci. Warna charcoal grey. Cie beli dari seller Universal Traveller. Ada banyak pilihan warna dan size. Boleh la jenguk Shopee ye kot ada yang mencari luggage.


16 Ulasan
Lelaki mmg mudah kalau nak pack barangnya. Baju, seluar, spender dah. Kita yg pompuan ni tudung , anak tudung, yg dalam, kang handsockslah, pin tudunglah.
BalasPadamBagi Linda yg penting pakaian dalam.. hahaha
BalasPadamSaya pun masa tu beli beg di Shopee juga. Saiznya besar, cuma agak rapuh sikit. Tapi tak apa, sebab memang bukan untuk dibawa naik kapal terbang. Harganya pun murah sangat, cuma 200 ribu rupiah, lebih kurang 47 ringgit.
BalasPadamNice, hari tu blk KB pun kami bawak 2 luggage kecik 24" utk baju Ammar + selit baju sy sehelai 2 & che mek..Baju sy yg lain & Hata dlm back pack je. X bawak luggage yg 28" tu sbb x beli cargo =D
BalasPadamMemang kena ada beberapa saiz beg gini kan Cie, senang bawak ikut saiz keperluan.
BalasPadamtengah fikr beg untuk anak2 juga ni. bila berjalan semua sumbat 1 beg. pastu gaduh berkisai. nanti kita survey
BalasPadamKalau pompuan punya barang macam nak bawak semua je. Haha. Meriah kan barang kita.
BalasPadamLuggage ni penting juga, senang nak angkut semua satu tempat. Tapi saya dan suami lebih suka bagpack jer bila travelling, dari beg beroda.
BalasPadamCantik colour ni 👍🏻
BalasPadamKami skrg pack baju sorang satu beg, senang. Cuma tak semua guna luggage la, tak muat pulak kereta hihi
penting ni luggage senang nak pergi ke mana mana
BalasPadamMemang betul kaum wanita kalau travel rasa macam nak bawak satu almari 😂 Luggage 20 inci tu memang ngam untuk short trip. Lagi-lagi kalau roda smooth, memang satu kelegaan nak tarik sana sini.
BalasPadamWah, dah beranak begnya... kena ada 1 lg bapak dia ni cie.. hehehe
BalasPadamTengah mencari luggage juga ni. Mudah nk bawa. Balik kampung pun senang .
BalasPadamsaiz 20 inci ni boleh bwk as hand carry kalau naik flight ;)
BalasPadamSaya pernah lihat iklan ya lewat di feed IG saya juga. Mungkin algoritma membaca saya suka traveling, jadi sering dimasukkan iklan koper 😄. Cantiiik motif nya kak. Memang sebenarnya dah waktunya nak ganti koper saya. Koper lama dah mulai bermasalah, sebab dah 10 tahun lebih 😄
BalasPadamTengok mula² ingatkan sama design.. sedondon pula.
BalasPadamSekarang kami kalau jalan masing² bawak backpack sendiri.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.