Cie plan masak cekodok jela. Simple dan mudah je janji kenyang makan sarapan pagi. Selalu buat cekodok bilis atau sayur ke apa mesti ada bahan campur dalam tu tapi kali ni buat cekodok kosong je dengan pencicah.
Bancuh tepung gandum dengan garam je. Air suam untuk dapatkan tekstur rangup di luar dan lembut di dalam. Tu je bahan cekodok kosong Cie pagi ni. Panaskan minyak dan sudukan dengan sudu kecil tu yang jadi kecil je cekodok Cie.
Pencicah pulak ada 2 jenis. Gulai ayam tu menu dinner baru-baru ni memang Cie bekukan seketul sekali kuah la dalam freezer. Tadi panaskan je boleh cicah dengan cekodok kosong.
Lama tak buat sambal hitam jadi buat la jugak sikit untuk cicah dengan cekodok. Senang je buat sambal hitam Cie blend je sekali arung semua bahan tu. Cie letak air tapi tapis la dulu sebelum goreng.
Nak resipi sambal hitam boleh jenguk entri Cie:
- Resipi Sambal Hitam Kantan
- Resipi Sambal Hitam - versi blend
- Resipi Sambal Hitam - versi tumbuk
Banyak versi ni boleh la korang buat ye kalau ada bahan. Belimbing rebus tu Cie tak pernah buat. Kak Long yang buat dan Cie ambil je. Dulu-dulu arwah mak dan ayah yang rebus belimbing. Bila mak dan ayah dah takde, Kak Long la pulak ganti.
Musim belimbing je Kak Long rebus la. Ambil masa yang lama nak rebus belimbing tu. Selalunya memang rebus kat luar rumah. Guna kayu api. Dulu tengok mak ayah buat berhari-hari nak rebus. Letak belimbing dalam tin biskut tu. Campur garam kasar je. Air belimbing tu akan keluar sendiri. Pernah tengok la buat tak pernah.
Tradisi makanan orang Pahang ni. Tak semua daerah dalam Pahang ni tau buat sambal hitam ni. Orang sekarang buat sambal hitam untuk jual tu dah campur macam-macam bahan dah. Tak asli resipi asal. Kalau ikut resipi asal bawang, ikan bilis, cili padi, belimbing rebus dan minyak je. Garam gula perasa semua tu tak perlu campur dah.
Cie memang tak pernah beli sambal hitam ni. Selalu buat sendiri je. Ada sekali Faiz pergi program apa entah dapat la sambal hitam orang bagi. Rasa pelik betul entah macam mana orang tu buat.
Cie dulu pernah jual masa Faiz kerja di Putrajaya. Time nak puasa banyak la order. Cie buat manual je tumbuk bahan-bahan. Memang asli resipi asal. Memang tiap tahun mereka request nak beli.
Kawan-kawan belajar Cie dulu pun cakap rindu sambal hitam Cie. Katanya mereka beli tak sama rasa dengan Cie punya sambal. Cumanya sekarang ni malas je nak buat. Kalau buat memang dah ada regular customer.

14 Ulasan
morning cie!! MZ baru habis kelas online ni. nak kuar jap gi midvalley jap lg, ada urusan kat sana
BalasPadamKalau cucur kosong ni pernah buat yang campur dengan gula. Kalau kosong macam ni pun rasanya sedap jugak ni Cie.
BalasPadamCucur kosong gini pun memang sedap lagi lagi makan waktu hujan.
BalasPadamWah banyak versi sambal hitam ye.. macam teringin nak try sambal hitam kantan tu.. kena ada belimbing buluh dulu..
Setiap daerah beza beza kan.. Naniey dulu duk kat Jerantut..
Simple je sarapannya. Tapi sedap 👍🏻
BalasPadamCekodok apa pun memang favorite
BalasPadamSaya kalau di sana, nak pesan juga sambal hitam kakak 😄.
BalasPadamTapi saya dah coba sambal hitam, walaupun yg ready to eat yaa. Waktu itu dikasih oleh kak Mulan saat November lalu saya ke Putrajaya. Sedaap memang kak. Saya makan dengan telur dadar 😄
OOooo... macam tu ke nak buat texture rangup?
BalasPadam(tanya tu macam lah uncle nak buat... hehehe)
Mesti sedap tu sambal hitam kalau yang asli. Akak pernah makan tapi tak tau lah asli ke tidak.
BalasPadamcekodok kosong pun sedap., hehe
BalasPadamMacam teringin pulak nak rasa sambal hitam kak cie. Mesti sedap sebab orang pahang yg buat kann
BalasPadamPagi Ahad PZ ada buat cekodok sebelum kami pergi kebumi arwah Paksu akak..akak buat cicah tempoyak mentah campur cili tumbuk..sedap...tempoyak baru plak tu...
BalasPadamwalaupun kosong ni kalau dah makan gerenti perut penuh ;-)
BalasPadamSaya rasa, saya tak pernah rasa sambal hitam asli. Beli sambal hitam di kedai je. Lama ya, proses rebus belimbing buluh tu. Baru tahu.
BalasPadamMak CCL selalu sebut cucur tepung / cucur manis .. kosong letak tepung garam dan gula sahaja .. makan petang dengan teh o panas memang layan kan ..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.