Beli Bahan Kuih Raya Di Mini Ria

Hari Sabtu dah beli barang di TF Value Mart dan Cie terus beli bahan untuk buat kuih raya. Beli awal senang. Tapi ada la juga bahan yang takde.

Nasi impit pun Cie beli terus siap-siap. Cornflakes pun terus beli 3 kotak. Macam last year cepat je sold out cornflakes kat semua tempat. Masa tu lepas raya nak repeat buat cornflakes caramel. Kena beli dari Shopee. Lama juga takde masa tu.

Ahad pulak kebetulan Faiz ajak keluar dia nak beli seluar. Terus la singgah Mini Ria berdekatan dengan rumah Cie. Nak tengok ada tak bahan yang Cie nak. 

Alhamdulillah ada buttercup dalam tub yang sekilo tu. Kat TF takde yang tu. Beli 1 tub terus senang. Kat TF tu Cie beli dah 3 ketul untuk buat cornflakes caramel tu. Tak cukup la sebabnya nak buat kuih lain jugak tu yang cari jugak yang dalam tub. 



Syok beli barang kat Mini Ria ni scan sendiri je dan terus boleh bayar guna kad atau ewallet. Untuk member pun boleh dapat point just masuk no handphone je. Cepat sikit tak perlu beratur di kaunter. Adik Rania paling suka scan. Kakak Raisha tukang masuk dalam beg. Limit 10 item je. Cie beli lebih 10 item masa tu so kami buat 2 kali la.

Cie plan nak buat cornflakes caramel untuk rumah sendiri dan bawak balik kampung jugak. Tu yang kena buat 3 kotak baru dapat banyak. Biasa la bila kaum keluarga ramai ni. Kena la buat banyak. 

Anak-anak pulak request nak tart cadbury. Beli la jugak coklat cadbury dalam pack je dah takde yang dalam botol macam dulu-dulu Cie beli yang dalam botol tu. Setiap tahun tak miss buat tart cadbury ni. Tahun lepas je tak buat. 

Setakat ni 3 jenis je Cie plan nak buat. Cornflakes caramel, tart cadbury dan kuih gunting. Tart blueberry Cie dah order dari kawan. So total ada 4 jela buat masa ni. 

Dulu-dulu macam-macam jenis biskut Cie buat. Sekarang ni macam malas dah. Tunggu anak dara berdua ni besar sikit nanti perturun ilmu.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Kalau buat tart cadbury tu rasanya sebelum raya lagi dah habis. Laku keras tu

    BalasPadam
  2. Nanti share resipi cornflakes caramel :)

    BalasPadam
  3. Sedapnya tart cadbury!
    Seronok tengok Cie bersemangat nak buat kuih raya.

    BalasPadam
  4. Masa nak beli barang2 nak buat kuih ni pun kemain ramai yang serbu.

    BalasPadam
  5. Uishhh..x sabar nk tgk kuih2 yg cie buat =)

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.