2 adunan cornflakes caramel dan 1 adunan tart cadbury. Mula buat pukul 7 lebih dan selesai 12pm. Faiz tanya nak berbuka kat Marry Brown tak. Cie pun setuju jela takde lauk pun nak masak dah. Lagipun macam penat juga nak keluar beli barang dapur lagi, nak masak lagi.
Lepas tu bincang-bincang semula tukar lokasi nak berbuka di kedai baru buka yang kami belum pernah try iaitu D’Apple Fried Chicken.
So kami keluar la rumah pukul 6.30pm. Cie cakap dah kalau ramai orang kita bungkus je. Sampai je tadi takde orang kosong je. Maka nya kena la berbuka juga di situ.
Kami masuk jela duduk-duduk dulu. Hampir pukul 7 baru la ada orang masuk. Kami pun terus la order kang ramai pulak orang. Kiranya orang datang selepas pukul 7.
Cie order beef burger combo yang ada air, beef burger, mashed potato dan seketul ayam goreng. Air tu ada beberapa pilihan dan Cie pilih blackcurrant. Bawak jugak bekal air chia seed sejuk.
Faiz order thunder burger combo yang ada air, burger, fries. Faiz pilih air oren. Tambah jugak 3pcs ayam goreng.
2 beradik tu order sama je chicken chop crispy dan butter rice. Air pulak sama je blackcurrant.
Sambil-sambil tunggu waktu berbuka tadi boleh la mengarang. Masuk je waktu berbuka terus makan cepat-cepat. Dah balik rumah settle solat Maghrib dan buat apa yang patut sebelum masuk Isyak sempat la sambung review makanan kat DAFC tu.
Overall boleh je makan. Takdela tak sedap langsung. Beef burger tu sedap dan thender burger Faiz punya pun katanya sedap. Cuma ayam chicken chop tu Cie ada rasa macam pelik sikit. Nasi sedap je. Ayam goreng pertengahan je rasanya. Takdela tak sedap dan takdela sedap sangat.










0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.