Pagi tadi sahur minum-minum je. Malas dah nak makan kurma butter tu. Macam cannot go jela kurma yang manis. Rasa tak sama kurma dulu-dulu takdela manis sangat. Butter pulak salted ermmm lagi la tak kena.
Cie minum ESP Coklat dan PD Orange. Adik Rania Vico dan PD Orange. Cie nak panaskan ayam berbuka semalam dia taknak pulak.
Pagi ni keluar membeli barang dapur. Stok untuk seminggu. Balik dari beli barang dapur lepas settle semua nak sambung lagi 1 adunan tart cadbury.
Beli barang kat BS Freshmart tadi jumpa la coklat cadbury dalam botol RM25 sebotol. Kira melalui berat tadi macam ada 80+ biji. Cukup la 1 adunan tu dapat 86-88 biji je. Semalam punya pun ada lebih lagi sikit.
Minggu depan nak buat kuih gunting pulak. Kakak Cie dah request dia kata sedap yang resipi Cie tu. Pernah dah share dulu. Siap buat R&D dah so dapat la resipi yang boleh buat setiap tahun. Selalunya bertukar-tukar resipi.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.