Menu berbuka hari ni request dari Faiz dan adik Rania. Masa beli barang dapur tadi Faiz cakap buat mi goreng la menu berbuka. Senang kerja tak payah fikir nak masak apa.
Adik Rania pulak request nak puteri mandi dari minggu lepas lagi dah. Minggu ni la baru buat. Setahun sekali je buat kuih muih lama ni waktu Ramadan je. Puteri mandi ni antara yang senang je nak buat.
Pekat likat pulak buat guna santan fresh. Tak reti nak agak. Pertama kali guna santan fresh ni. Selalu buat guna santan kotak atau susu cair.
Tadi Faiz beli juga chicken wing. Cie pun fikir la nak masak apa. Goreng celup tepung dah biasa, chicken wing ala ikea pun dah biasa sangat. Cie pun terfikir nak try buat chicken honey butter garlic. Tapi takde honey. Gantikan dengan gula perang je. Kalau sedap nanti Cie share resipi.
Mi goreng tu letak fish ball dan taugeh je. Tak letak rencah isi ayam, dah ada chicken wing tu cukup la. Sawi pun malas nak beli tadi. Budak-budak tak makan. Taugeh pun nanti diasingkan ibu la tukang kutip.
Merasmikan kuali baru dapat hadiah dari blogger CCL. Best goreng mi dalam tu. Rasanya 2 bungkus pun muat tu. Cie masak sebungkus mi je.
Tadi restock buah mangga aiwen. Besar betul sebiji tu 822gm RM10 lebih. Sekilo RM12.99 rasanya. Si Faiz la tadi beli. Nak try kot sebab tengok pelik sikit warna kulit merah, isi kuning je.
Beli buah epal merah dan jambu juga. Untuk petang ni mangga dan epal merah jela dulu. Cie dan adik Rania je hantu buah. Faiz dan kakak Raisha makan juga tapi tak sebanyak kami berdua.
Dah tua-tua ni baru rasa kena cukup nutrisi dalam badan. Kena makan buah, sayur. Hidangan kena seimbang la. Nak ke arah pemakanan lebih sihat la.



4 Ulasan
Dah mula buat kuih raya ye Cie. Mesti semerbak satu dapur.
BalasPadamOk. Bleh amik idea dari Cie. Rasa mcm dah x lalu nk makan nasi waktu brbuka =)
BalasPadamWah dah rasmi periuk baru. Tenguk mee goreng pun dah nampak sedap
BalasPadamTengok mi goreng Cie ini, rasa macam nak makan mi goreng juga petang ini..
BalasPadamMenarik pula warna pink mangga tu..
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.