Kursus tadi habis hampir pukul 1 jugak dan rehat sehingga pukul 2. Pukul 2 sambung pulak sampai 3 lebih dekat pukul 4 juga tadi. Topik kewangan ni memang banyak kena cover. Esok ada lagi kursus hari terakhir.
Ok sikit energy hari ni. Takdela rasa drain sangat. Macam biasa lepas siap masak, mandi dan berbaring golek depan tv. Anak-anak memang bentang toto depan tv sepanjang bulan puasa ni. Nanti malam raya kita kemas. Tak sempat lagi nak cerita kisah sofa baru.
Menu berbuka 21 Ramadan ni ada menu ikan, ayam, buah dan sayur. Sedaya upaya bagi complete meals. Tu kakak Cie kata orang pemakanan ni lain sikit cukup lengkap hidangannya. Hihi.
Ayam tu Cie buat ayam masak halia. Campak je bahan apa yang ada. Letak sos tiram sikit dengan minyak bijan. Yang penting letak halia banyak. Jadi la masak halia.
Kalau menu ikan kena masak ayam jugak. Adik Rania tak makan ikan kecik macam tu. Kakak Raisha bedal je. Cie teringin nak makan ikan goreng bercili gitu. Goreng garing lepas tu buat tumisan bercili. Cili padi, cili besar, bawang putih dan bawang besar campak je dalam chopper. Tumis jela macam biasa. Cie masak ikan lolong.
Protein dah ada 2 jenis, sayur pun ada 2 jenis. Kangkung goreng belacan dan ulam timun. Biasanya kangkung buat goreng belacan anak-anak makan. Memilih jenis sayur jugak tu.
Buah pun ada 2 jenis hari ni. Epal merah dan jambu batu. Nanti nak makan baru la letak asam boi. Epal tu kalau taknak lebam kena rendam dengan air dan garam kasar. Lepas tu cuci dan toskan. Sampai malam kang tak lebam. Kalau tak habis waktu berbuka, sebelum tidur nanti habiskan.
Itu saja menu berbuka hari ni. Kuih ada jugak Faiz beli sikit untuk dia je. Kalau ada yang kena selera kami baru la kami makan. Biasanya dia sorang je. Dah kenyang makan nasi dan banyak minum air tak boleh dah masuk makanan lain.



1 Ulasan
Syok bila makan lengkap ni. Ibu pon suka makan lengkap sebab ibu nurse. Hehe
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.