Menu Sahur 22 Ramadan 1447H

Bulan puasa ni memang sehari 2 entri Cie post. Menu sahur dan berbuka. Ada yang cakap rajinnya Cie update blog setiap hari. Alhamdulillah buat masa ni masih rajin.

Cie ni berblog dah lama cuma dulu kekangan masa. Kerja dan dalam masa yang sama buat bisnes. Buat bisnes macam MLM tu kena jaga team la, buat kelas la, join kelas la. Semua tu consume banyak masa seharian. Jadinya kurang la masa nak update blog.

Sejak dah tak buat bisnes ni masa Cie ada banyak. Daripada Cie scroll social media yang entah apa-apa tu better la Cie update blog. So terisi la masa. 

Bab semangat tu sebab korang juga rakan-rakan blogger yang keep on komen setiap entri Cie. Ada juga google adsense yang tengah menaik jadinya kena la jaga dari segi jumlah entri dan pageview. Hah gitu lah lebih kurang macam mana Cie boleh rajin dan semangat.

Menu sahur sama je tu yang mengomel jela dalam entri menu sahur. 22 Ramadan dah lebih kurang seminggu je lagi nak raya ni. Cepat je masa berlalu. Hampir ke penghujung Ramadan dah.


Mudah je menu sahur kami. Waktu sahur atau bulan puasa kena ambil extra protein supaya rasa kenyang tu lebih lama. Nasi tu karbohidrat jadinya cepat rasa lapar sebenarnya. Tu yang Cie tak boleh makan nasi sahur nanti belum tengahari dah kriuk kriuk bunyi perut. Tu Cie la. 

Bila dah jumpa protein shake yang mengenyangkan ni memang senang je nak sahur. Dulu-dulu Cie shake je. Ni Cie bancuh je dalam mug tu dengan air sejuk mudah je larut. Lepas tu letak ais. Pepagi memang minum ais. Sejenis tak lalu air suam atau panas ni.

Gitulah setiap orang tak sama kan. Hanya kita yang kenal ketahanan badan kita macam mana. Hari ni ada kursus lagi untuk hari last. Lepas tu settle dah 6 hari kursus campur dengan minggu lepas. Setahun kena capai 7 hari kursus. 


Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Minuman berprotein ini memang penuh khasiat. Semoga sihat-sihat sahaja anak-beranak.

    BalasPadam
  2. Masih wajib lagi ke 7 hari kursus tu. Kalau dulu memang kena cari kursus setahun 7 hari. Lah ni akak tenguk macam tak kuatkuasa sangat. Ke kat HPJ je.

    BalasPadam
  3. Dari dulu dah terbiasa sahur nasi lauk simple2. Apapun ikut selera diorang ni jugak. Senang juga protein shake ni kan.

    BalasPadam
  4. semangat puasanya, tinggal sedikit lagi menuju kemenangan :D

    BalasPadam
  5. mmg betul kalau dah jumpa menu sahur yg sesuai dgn bdn kita jadi lebih mudah nk kekal bertenaga spnjg puasa...

    BalasPadam
  6. Sy pun bersahur simple je hari ni.Tp tetap ada nasi =D

    BalasPadam
  7. Kursus di bulan puasa mencabar :)

    BalasPadam
  8. Semakin lama berpuasa makan dah sedikit, just minumpun sedikit dah..tubah dah bertenaga ..Puasa itu bayak hikmahnya..

    BalasPadam
  9. Ok sekarang protein shake senang larut dlm air ya? Mudah la kerja takyah nak shake2 sangat

    BalasPadam
  10. Kalau ikut zaman nabi pon makan sikit je kan sahur. Kurma dgn air

    BalasPadam
  11. saya sahur tak sampai satu senduk nasi pun. kadang2 sahur tak bernasi
    Alhamdulillah tahan jee

    BalasPadam
  12. Betul tu. Setiap orang lain-lain ketahanan badan. Kita sendiri yang paling tahu apa yang sesuai dan apa yang buat badan rasa ok sepanjang hari.

    BalasPadam
  13. Bertabahlah ya Cie bila kursus online ni.. akak memang lemau kalau dok lama-lama mengadap laptop dengar orang bagi speak.

    BalasPadam
  14. Agree.... Sayapun kalau kebanyakan karbo, pasti cepat sangat lapar balik. Minum protein shake begini justru bagus. Memang kenyang lebih lama dan kebutuhan protein juga terjaga

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.