Cie ni berblog dah lama cuma dulu kekangan masa. Kerja dan dalam masa yang sama buat bisnes. Buat bisnes macam MLM tu kena jaga team la, buat kelas la, join kelas la. Semua tu consume banyak masa seharian. Jadinya kurang la masa nak update blog.
Sejak dah tak buat bisnes ni masa Cie ada banyak. Daripada Cie scroll social media yang entah apa-apa tu better la Cie update blog. So terisi la masa.
Bab semangat tu sebab korang juga rakan-rakan blogger yang keep on komen setiap entri Cie. Ada juga google adsense yang tengah menaik jadinya kena la jaga dari segi jumlah entri dan pageview. Hah gitu lah lebih kurang macam mana Cie boleh rajin dan semangat.
Menu sahur sama je tu yang mengomel jela dalam entri menu sahur. 22 Ramadan dah lebih kurang seminggu je lagi nak raya ni. Cepat je masa berlalu. Hampir ke penghujung Ramadan dah.
Mudah je menu sahur kami. Waktu sahur atau bulan puasa kena ambil extra protein supaya rasa kenyang tu lebih lama. Nasi tu karbohidrat jadinya cepat rasa lapar sebenarnya. Tu yang Cie tak boleh makan nasi sahur nanti belum tengahari dah kriuk kriuk bunyi perut. Tu Cie la.
Bila dah jumpa protein shake yang mengenyangkan ni memang senang je nak sahur. Dulu-dulu Cie shake je. Ni Cie bancuh je dalam mug tu dengan air sejuk mudah je larut. Lepas tu letak ais. Pepagi memang minum ais. Sejenis tak lalu air suam atau panas ni.
Gitulah setiap orang tak sama kan. Hanya kita yang kenal ketahanan badan kita macam mana. Hari ni ada kursus lagi untuk hari last. Lepas tu settle dah 6 hari kursus campur dengan minggu lepas. Setahun kena capai 7 hari kursus.


5 Ulasan
Minuman berprotein ini memang penuh khasiat. Semoga sihat-sihat sahaja anak-beranak.
BalasPadamaamiinn.
PadamMasih wajib lagi ke 7 hari kursus tu. Kalau dulu memang kena cari kursus setahun 7 hari. Lah ni akak tenguk macam tak kuatkuasa sangat. Ke kat HPJ je.
BalasPadamJKN Pahang wajib.
PadamDari dulu dah terbiasa sahur nasi lauk simple2. Apapun ikut selera diorang ni jugak. Senang juga protein shake ni kan.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.