Cie kerja sampai la sehari sebelum Ramadan. Memang tak ambil cuti awal sejak parents dah takde. Raya pertama di rumah sendiri je.
Hari ni ada lagi kursus online dan dalam masa yang sama ada juga taklimat pensijilan dari BKKM pulak. Hah jenuh nak pecah 2 telinga. Hahaha. Kursus start 9 pagi, taklimat 8.30 pagi. Keduanya online. Banyak betul kursus dan taklimat bulan puasa ni.
Sahur 21 Ramadan ni sama je takde apa yang lain. Ada yang ingatkan air tu 1 sorang ye. 2 jenis setiap orang. 3 beranak je Cie dan anak-anak. Faiz minum air kosong dan makan kurma je.
Cie minum protein shake 3 jenis yang Cie tukar setiap hari. ESP Coklat, ESP Strawberry, Cinch Shake Salted Caramel. Lagi tu warna oren Performance Drink Orange Cie campur dengan Cinch Tea.
Untuk anak-anak sama je mereka minum vico dan warna oren tu PD Orange sama dengan Cie. Cuma anak-anak Cie tak campur dengan Cinch Tea.
Fungsi berbeza la semua tu. Macam protein shake lebihkan untuk kenyang. PD Orange tu nak kurangkan rasa dahaga. Memang ada juga rasa dahaga dah puasa kan, cuaca pulak panas cuma kurang la sebab dalam PD tu ada bahan yang bantu seimbangkan kandungan air dalam badan dan banyak lagi. Minuman isotonik. Dulu zaman menjual ada la poster kelebihan.
Begitulah cerita menu sahur Cie. Simple je pagi-pagi. Sambil minum sambil mengadap blog jadilah lama setengah jam baru siap sahur. Walaupun kalau ikutkan teguk tak sampai 5 minit settle. Takde apa nak rushing selagi belum azan boleh minum.


0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.