Menu Berbuka 24 Ramadan 1447H

Baru ni tengok video reels buat nasi ayam madu guna rempah perap ayam madu Adabi. Cie pun plan terus la nak buat weekend which is hari ni la. Pagi tadi dah beli bahan so menu berbuka hari ni 24 Ramadan menu nasi ayam madu.


Lepas Asar terus masuk kitchen. Tengahari tadi dah perap sesiap ayam dengan rempah ayam madu tu. Sebelum solat masukkan dalam air fryer. Senang je nak buat ayam madu tu. Gaul dengan rempah ayam madu, gula dan minyak. Perap lagi lama lagi sebati.


Masak nasi pun senang je. Cie guna beras basmathi. Tumis je macam biasa. Cie guna air rebusan kaki ayam. Untuk buat sup sekali untuk nasi. Resipi reels Cie tengok tu dia buat nasi butter. Sama jela lebih kurang.

Sup tu just tumis biasa je. Letak kaki ayam. Daun sup, bawang goreng. Jadi la sup nasi ayam. Ulaman salad, timun dan tomato.

Untuk sambal ni lain sikit. Tak payah nak blend bagai. Masak pun tak perlu. Guna sos thai, cili padi cincang, bawang putih cincang, daun ketumbar, perahan limau nipis, campur air panas sikit. Siap.

Faiz request nak murtabak maggi. Guna mi segera gardenia pun panggil murtabak maggi jugak. Anak-ank cakap babah dah serik la tu beli murtabak basi hari tu.


Buah tembikai kuning untuk hari ni. Tadi petang baru je keluar kejap beli buah tembikai kuning dan rock melon. Hari ni potong tembikai kuning dulu.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Kelmarin saya beranfan nak masak nasi ayam untuk buka puasa hari ini. Hurrmm.... lain kejadiannya pula.

    BalasPadam
  2. Sedap nasi ayam tu cie.
    Tu diaaaaa... selambak murtabak maggi.. puas makan tu.
    Aishhhh.. dapat pulak MM basi.. bila lah penjual tu prep.

    BalasPadam
  3. Dah tinggal beberapa hari berpuasa kan..

    BalasPadam
  4. Sajian istemewa, air tangan ibu dan jimat..

    BalasPadam
  5. Sedap nasi ayam
    Lama tak masak nasi ayam .beli nasi ayam kt bazar je

    BalasPadam
  6. Murtabak maggi tu sedapnyaaa.....tahun ni x buat lagi murtabak maggi

    BalasPadam
  7. Aaa menu febret ni. Lagi2 murtabak megi.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.