Menu Sahur 14 Ramadan 1447H

14 hari dah kita berpuasa di bulan Ramadan. Sekejap je masa berlalu tak sedar je. Kelmarin baru je Isnin, hari ni dah Rabu. Semakin cepat masa berlalu sekarang ni. Masa kecik dulu puasa sebulan tu rasa macam lama betul.

Semoga yang baik-baik jela kan. Pergolakan di negara Timur Tengah semakin menegang. Kita yang ada di Malaysia ni mampu berdoa jela semoga pergolakan ni tamat. Tanda-tanda akhir zaman. 

Pagi ni macam biasa jela sahur minum-minum. So far anak-anak Cie tahan je bersahur menu air je. Memang anak-anak sendiri yang request. Kita yang mak-mak ni follow jela. Anak-anak pun dah besar boleh pilih mereka nak sahur apa. 


Risau juga takut anak tak tahan ke apa. So far anak-anak Cie survive je minum Vico dan minum Performance Drink waktu sahur. Balik sekolah mengadu penat tu biasa sebabnya musim panas kan sekarang ni. Adik Rania pulak sekolah dia berbukit-bukit, tangga banyak jadinya ada la rasa penat tu. Kelas pulak ada kipas je bukan aircond.

Kakak Raisha pulak mobile class. Berpindah randah ikut subjek. Macam masa kita belajar kat IPT dulu kelas bertukar-tukar. Kejap atas, kejap bawah.

Tapi Cie tengok 2 beradik ni energetic je. Balik sekolah tak tidur pun. Ada la masa tidur juga sekali sekala. Cie dulu rasanya masa kecik tidur je sebab nak masa tu cepat berlalu. Bangun je eh dah petang. Cie pulak yang paksa mereka tidur lepas balik sekolah. Katanya tak mengantuk. Buat homework, main handphone.

Kira ok la tu bersahur minum saja. Vico tu pun ada jugak kandungan nutrisi kot. Cie pun tak membelek kat plastik tu. Blogger Kak Amie pun cakap anaknya Firdaus pun minum Vico. Cie tak rasa pun sedap ke tak. 

Cie macam biasa la ESP atau Cinch Shake bergilir 3 flavour setiap hari. Setiap hari ye walaupun tak boleh puasa Cie tetap bersahur macam puasa. Sebulan je kita nak bagi perut berehat. Nanti lepas raya dah makan macam-macam pulak.


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Kat rumah vico tu pun memang jadi air untuk sahur, sebelum-sebelum ini memang milo pastu tukar dah dengan vico.

    BalasPadam
  2. Moga tamat persengketaan di Timur Tengah secepatnya. Kami sahur nasi dengan lauk simple2.

    BalasPadam
  3. Hari ke-14 dah lepas ni berkumandanglah pulak lagu raya di radio kan.. sahur pg td mkn nasik dgn nugget cheese je

    BalasPadam
  4. Tahun ni bila sahur dengan nasi jadi terlebih haus pula bila puasa. jadinya sahur dengan roti dan air kosong sahaja :)

    BalasPadam
  5. salam 15 ramadan utk cie sefamili!

    BalasPadam
  6. Budak-budak energy dia kuat. Kita je ni yang asyik nak melepek je. aduhaiiii

    BalasPadam
  7. Salam 14 ramadan kak cie sekeluarga. Cepat je masa berlalu. Harap situasi di timur tengah cepat reda..

    BalasPadam
  8. Kat rumah akak, Vico ke, ovaltine, milo memang xde yang minum...lebih kepada kopi 434, horlicks PZ minum dan teh je....

    BalasPadam
  9. Yang penting jangan lupa minum air kosong sekali ya, takut haus nanti siang hari.

    BalasPadam
  10. Daya tahan anak2 itu biasanya lebih kuat kak. Apalagi kalau sudah terbiasa sahur dengan protein drink, tubuh mereka juga sudah adaptasi.

    Samaaa dengan saya. Puasa atau tak puasa, saya tetap temankan suami sahur. JD pagi sampai magrib pun ttp tak makan macam puasa. Itung2 berdiet lah kan 😄

    BalasPadam
  11. Sama la semua orang perempuan. Puasa ke, uzur ke, tetap bangun sahur sediakan apa patut. Budak² memang penuh tenaga. Kita yang tua ni baru nak mengadap handpone nak blogwalking, dah rasa mengantuk. 😅

    BalasPadam
  12. betul tu... Ramadan terasa cepat sangat berlalu....

    BalasPadam
  13. Uishhh... kita ni kalau tak disuruh tidur mesti nak tidur.. bestnya.. bangun² dekat nak berbuka😅

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.