14 hari dah kita berpuasa di bulan Ramadan. Sekejap je masa berlalu tak sedar je. Kelmarin baru je Isnin, hari ni dah Rabu. Semakin cepat masa berlalu sekarang ni. Masa kecik dulu puasa sebulan tu rasa macam lama betul.

Semoga yang baik-baik jela kan. Pergolakan di negara Timur Tengah semakin menegang. Kita yang ada di Malaysia ni mampu berdoa jela semoga pergolakan ni tamat. Tanda-tanda akhir zaman. 

Pagi ni macam biasa jela sahur minum-minum. So far anak-anak Cie tahan je bersahur menu air je. Memang anak-anak sendiri yang request. Kita yang mak-mak ni follow jela. Anak-anak pun dah besar boleh pilih mereka nak sahur apa. 


Risau juga takut anak tak tahan ke apa. So far anak-anak Cie survive je minum Vico dan minum Performance Drink waktu sahur. Balik sekolah mengadu penat tu biasa sebabnya musim panas kan sekarang ni. Adik Rania pulak sekolah dia berbukit-bukit, tangga banyak jadinya ada la rasa penat tu. Kelas pulak ada kipas je bukan aircond.

Kakak Raisha pulak mobile class. Berpindah randah ikut subjek. Macam masa kita belajar kat IPT dulu kelas bertukar-tukar. Kejap atas, kejap bawah.

Tapi Cie tengok 2 beradik ni energetic je. Balik sekolah tak tidur pun. Ada la masa tidur juga sekali sekala. Cie dulu rasanya masa kecik tidur je sebab nak masa tu cepat berlalu. Bangun je eh dah petang. Cie pulak yang paksa mereka tidur lepas balik sekolah. Katanya tak mengantuk. Buat homework, main handphone.

Kira ok la tu bersahur minum saja. Vico tu pun ada jugak kandungan nutrisi kot. Cie pun tak membelek kat plastik tu. Blogger Kak Amie pun cakap anaknya Firdaus pun minum Vico. Cie tak rasa pun sedap ke tak. 

Cie macam biasa la ESP atau Cinch Shake bergilir 3 flavour setiap hari. Setiap hari ye walaupun tak boleh puasa Cie tetap bersahur macam puasa. Sebulan je kita nak bagi perut berehat. Nanti lepas raya dah makan macam-macam pulak.