Menu Sahur 16 Ramadan 1447H

Jumaat dah hari ni. Rasa baru je Isnin masuk kerja minggu tu tiba-tiba eh dah sampai hari Jumaat, dah masuk weekend cuti Sabtu Ahad. Cepat sangat masa berlalu pergi ni. 

Pagi ni menu sahur sama jela setiap hari pun. Takde makanan berat. Hanyalah ada air minuman 1 dulang. Kawan tengok status whatsapp duk tanya banyaknya air berapa orang minum. 3 orang minum, setiap orang 2 jenis air. Hihi.


Kira macam 1 makanan, 1 air la tu. ESP Strawberry dan Vico tu mengenyangkan. Performance Drink tu pulak untuk kurangkan dahaga dan bekalan air dalam badan.

Orang yang jenis sahur makanan berat mesti akan pelik tengok menu sahur kami. Tapi kalau geng Shaklee tengok status mereka semuanya sahur macam ni je. Ada la jugak yang sahur protein shake tapi makan nasi jugak. 

Bak kata Cie sebelum ni la. Hanya kita je yang tau badan kita macam mana. Ada yang kata eh tahan ke sahur minum je. Kena tengok la minum air apa. Macam Cie ni protein shake dalam tu ada kandungan protein yang boleh memberi rasa kenyang lama.

Ada je yang minum air dan kurma saja macam husband Cie. Ok je dia bertahan. Senang Cie pagi-pagi memang Faiz pun jenis tak sahur makanan berat. 

Akan datang nanti taktau la pulak macam mana kan. Setakat ni memang sahur minum-minum je. Puasa 6 dan puasa ganti nanti pun sama je menu sahur Cie.

Sebab tu Cie sempat je update blog menu sahur setiap hari. Sambil minum tu sambil menulis. Gambar takde edit pun memang terus je upload cuma rename je letak tajuk. Blogging pun memang pakai handphone je. Cie tak guna laptop sebabnya takde wifi.

So far bagi Cie lagi mudah guna handphone je. Sambil baring golek-golek siap 1 entri. Dulu pakai tab tapi tu la dah kena masuk simcard juga kat tab tu nakkan data tu kan. Siap beli keyboard dan mouse dah konon nak senang blogging. 

Akhirnya sekarang guna handphone sepenuhnya. Bila nak tukar widget atau nak tukar coding template ke apa baru la guna laptop dan hotspot je.


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. adik lelaki sy sejenis sahur mkn oat je, skrg die dh kawen xtau lah dia mkn nasik ke x kt umah mertua.. hihi

    BalasPadam
  2. Uncle pun tak sahur berat... tapi paling tidak sekeping dua roti cukup.
    OK lah goleh-goleh siap satu entry... Kalau uncle golek-golek siap satu mimpi... huhuhu

    BalasPadam
  3. Salam jumaat Cie... Akk mmg blogging guna phone je. Ini pun baca entry Cie ni sambil baring atas sofa ahak 😆

    BalasPadam
  4. kita pun bukan sahur nasi tiap hari. kita try sahur dgn granola + susu, eh tahanla perutku.
    hari-hari telur separuh masak, jemu gak. kita sahur mcm breakfast, simple2 ja.
    asben pun mcm fmly cie, air protein+kurma. auni-adli, bijirin+susu. arrizqi je la, nasi dgn ayam goreng, sardin, telur mata, ikan bilis goreng. tu je yg dia suka.

    BalasPadam
  5. Salam Jumaat Cie...akak sahur memang kena makan berat..hahahaha..sebab tu berat x turun kan...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.