Menu Sahur 24 Ramadan 1447H

Kembali ke hujung minggu hari ni. Plan nak buat 1 lagi kuih raya. Cie nak buat kuih gunting. Kuih gunting ni boleh kata tradisi family jugak sebab setiap tahun mesti buat. 

Masa Cie kecik dulu selalu tengok kakak-kakak buat. Bila dah besar buat sendiri dan olah resipi sendiri. Cie pernah share dulu resipi Cie buat. Nanti Cie share lagi.

Hari ni jugak nak beli bahan untuk raya. Macam bawang, beras dan keperluan makanan yang lain. Cie share dengan adik beradik yang balik. So takdela membebankan kakak sulung kami. Cie la tukang beli, adik beradik ada yang balik hari Sabtu, ada balik Ahad. Cie pulak bila-bila saja kampung dekat je 30minit.

Kurang lagi seminggu kita akan menyambut Syawal. Ramadan yang ke24 dah hari ni. Menu sahur Cie masih sama juga. Hari ni Cie sahur ESP Strawberry dan Performance Drink. Kakak dan adik sahur Vico dan Performance Drink. Sebulan puasa la sahur sama je.


Cie sahur lambat. Minum je kan. 5.30am macam tu la sahur. Sini imsak 6.01am. So ada masa setengah jam nak teguk air santai-santai. Sebelum azan Subuh. 


Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.