27 Ramadan dah hari ni. Hari last anak-anak sekolag. Cie masih kerja sehingga Khamis. Kalau PMX tak umum cuti tambahan hari tu memang sampai Jumaat la Cie kerja. Bertahun dah rasanya tak ambil cuti awal. Selalunya lepas raya.

Takde rushing nak balik kampung jauh. Kampung dekat je jadi takdela kena balik awal. Hari last puasa pun takde persiapan bakar lemang ke apa. Nak makan lemang tempah je. Tahun ni Faiz order dah lemang. Kakak Raisha dah request nak sambal sardin. Senang kerja ibu. Kalau buat pun sikit je rendang ayam nanti.

Cepat kan masa berlalu. Rasa baru je lagi awal Ramadan, tiba-tiba sampai ke penghujung Ramadan dah. Menu sahur Cie masih sama je. Tapi tetap juga nak update kan. Ramadan je ada entri sahur dan berbuka ni. Nanti dah topik lain pula.


Tu pun selit juga entri lain. Nanti raya dah banyak entri raya pulak.