Pemenang Top Komentator Februari 2026 di Blog Roziah Muhammad Nor

Segmen Top Komentator Bulanan di blog ini diteruskan lagi untuk bulan Februari 2026. Tak sangka dah 7 bulan segmen ini berjalan sejak Ogos 2025 sebagai tanda penghargaan kepada rakan blogger yang rajin tinggalkan komen dan aktif berinteraksi setiap bulan.

Blog tanpa komen terasa sunyi dan sebagai penulis, komen yang diberikan memberi semangat untuk terus menulis dan berkongsi. Sebab itu Cie wujudkan segmen ini untuk meraikan mereka yang paling aktif menyokong blog ini.

Seperti biasa, pemenang dipilih berdasarkan rekod dalam widget Top Komentator, yang Cie screenshot pada hari terakhir bulan antara jam 8:00 malam – 11:59 malam. Masuk sahaja jam 12:00 tengah malam, widget tersebut akan auto-reset ke bulan baharu. Untuk bulan ni Cie screenshot pada 28 Februari 2026 pukul 9.38 malam.


Pemenang Top Komentator Februari 2026

Dengan penuh penghargaan, pemenang bagi bulan Februari 2026 ialah:

Blog: siinurul

Rajin Nurul komen entri lama pun naik semula. Memang gigih sangat. Cie selalu jugak baca blog Nurul. Terima kasih kerana sudi singgah komen semua entri Kak Cie.

Tahniah kepada Nurul kerana menjadi Top Komentator Februari 2026 dengan 106 komen.



Cara Tuntut Hadiah

Untuk, sila hubungi Kak Cie untuk urusan penghantaran hadiah.

📧 Email: roziahmuhammadnor@gmail.com
📱 WhatsApp: Klik sini

Maklumat yang diperlukan:
Nama penuh
Alamat lengkap
Nombor telefon


Top Komentator Bulan Akan Datang

Nak jadi pemenang bulan akan datang? Teruskan aktif memberikan komen di setiap posting Cie.

Semua komen anda akan direkodkan secara automatik dalam widget Top Komentator. Lagi aktif, lagi tinggi peluang untuk naik ke tempat pertama. 

Jadi, kalau anda belum pernah menang mungkin bulan depan rezeki anda pula. 


Terima Kasih Atas Sokongan Anda

Terima kasih kepada semua pembaca dan rakan blogger yang terus menyokong blog ini sejak dulu. Setiap komen kalian sangat bermakna.

Nantikan pengumuman Top Komentator Bulan Mac 2026 pula selepas ini!


Catat Ulasan

7 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.