Menu Sahur 11 Ramadan 1447H

1 Mac 2026 dah hari ni dan 11 Ramadan dah pun. Pantasnya masa berlalu. Sehari lagi hari ni bermalasan kat rumah berehat, esok dah kerja. Rasa baru je lagi Jumaat, tup tup hari ni dah Ahad.

Korang dah buat kuih raya ke? Cie macam malas tahun ni. Tapi tu la anak-anak dah list dah request. Cornflakes caramel dan tart cadbury. Ada bahan yang Cie dah beli. Minggu depan la start buat.

Pagi ni menu sahur sama jela. Minum-minum je. Bertahan je sampai berbuka. Anak-anak Cie memang taknak makanan berat jadi ikut jela apa mereka mak bersahur.


Pernah jugak ajar mereka minum ESP tu mereka tak suka. Tu yang mereka nak Vico tu. Tak sure la boleh kenyang ke tak tapi tengok ok je sampai berbuka. Performance Drink tu pulak bantu kurangkan dahaga. 

ESP tu memang mengenyangkan. Kalau nak diet dan urus elok la minum tu untuk sarapan atau bersahur. Tapi harganya tinggi sikit la untuk 1 tong tu. Tu yang sekarang bulan puasa je Cie ambil.




Catat Ulasan

0 Ulasan