Cie masak kuetiau goreng. Rencahnya ayam, fish ball, siew pak choy, taugeh. Cie masak yang sepeket besar tu sekilo rasanya. So bagi jiran sikit.
Bapaknya request nak ayam goreng. Beli bahagian wing dan celup tepung bestari je. Jadi la ayam goreng. Boleh la makan dengan kuetiau tu. Cie plan nak goreng telur mata je, dah Faiz request ayam kita cancel la telur tu.
Kakak Raisha pulak request nak crab rangoon. Bulan Ramadan je muncul crab rangoon resipi Khairul Aming ni. Kali ni buat terlebih pulak intinya. Tak cukup kulit wantan.
Faiz ke surau solat Asar tadi suruh dia beli roti. Cie pun lenyek roti letak je inti crab tu. Esok pulak la celup celur ke celup tepung ke boleh goreng.
Cili potong wajib ada kalau makanan bergoreng ni. Keropok goreng je takde kali ni sebab dah ada banyak menu dah tu.
Buah pulak tadi beli anggur seedless tu ada offer. Biasa sebekas tu dalam RM12.99 tadi RM7.99 terus la ambil sebekas. Limau jiran bagi tu last dah. Habis jugak akhirnya. Limau tu jiran baru tu bagi. Baru lagi dia pindah sebelah rumah Cie ni. Orang Kelantan bertukar dari Sabah. Segan nak bagi makanan bermasak kat dia. Risau dia taknak makan ke apa kan. Nanti la bebila balas apa-apa makanan ready to eat pulak.
Ayam goreng dan crab rangoon tu bagi jiran sebelah kiri rumah Cie ni. Orang Terengganu lama dah dia menyewa sebelah rumah Cie. Staf hospital jugak. Kami dah biasa bertukar juadah. Kalau tak puasa pun kami dah biasa berbahagi makanan. Masak extra boleh bagi jiran. Berkongsi rezeki.



12 Ulasan
Kuetiau pun best la buat berbuka. Sedapnya...
BalasPadamSelamat berbuka puasa
BalasPadamBetul tu 😄 Cili potong memang best friend makanan bergoreng!
BalasPadamSetuju sangat komen ✿Cik Cappuccino Latte ✿. Cili potong rules
BalasPadamSelamat berpuasa kak. Baru sempat nak singgah blog akak. Lama Cuya menyepi, penat berpuasa agaknya hehe
BalasPadamMenu2 tu semua sedapp
sedapnya kue teow!! td iftar MZ masak nasi lemak, ayam goreng, sambal ikan bilis dan udg goreng (tapi tak snap pic la)
BalasPadamAlhamdulillah.. Bulan puasa ini lagi meriah bertukar juadah kan..
BalasPadamMenarik betul tengok kuetiau goreng Cie tu..
Kuetiaw memang favorite kami.
BalasPadamIngat dulu saat di Aceh, sering memang mama dan tetangga kiri kanan saling bertukar makanan. Pindah ke JKT, rasa2nya beda sangaaaat lingkungan di sini. Lebih individual. Tak terlalu dekat dengan tetangga kiri kanan.
BalasPadamDah macam blogwalking ke blog Mulan yang penuh makanan. Menggoda sokmo makanannya. Makanan yang dimasak dengan penuh kasih sayang
BalasPadamMenarik juga tu kuayteow goreng
BalasPadamSama juga.. Beberapa hari nie menu nasi ja... Tadi berbuka pun just makan mee ja...
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.