Kalau bulan puasa bersahur pagi tu kena ambil ujian darah sebelah petang. Hari biasa kena last makan malam pukul 10 dan pukul 8 pagi tu dah boleh datang untuk ambil ujian darah.
Ada 2 saja ujian yang dibuat iaitu fasting blood sugar (FBS) dan fasting serum lipid untuk total cholesterol. So pagi Jumaat tu Cie call kaunter JPL untuk mintak result. Sekarang semua pakai online je result keluar dalam sistem online. Just bagi nombor IC je akan keluar result kita.
Alhamdulillah untuk kedua-dua ujian tu bacaan normal je. Untuk FBS 4.6 dan kolesterol 4.81. Tahun 2025 pernah la kolesterol cecah 5.27 lepas tu Cie terus pulun makan Omega Guard Shaklee dan Phytocol Shaklee lepas 3 bulan repeat buat ujian dah semakin turun.
Untuk FBS tu pun rasanya last year lebih 5 jugak. Maybe bulan puasa ni Cie kurang minum manis-manis. Kopi pun dah seminggu tak minum.
Result darah ok. BMI jela overweight. Hahahaha. Takpela puasa ni kita pulun turunkan. Lepas puasa nanti kita ikhtiar lagi untuk turunkan sampai la capai ideal weight dalam 59kg baru BMI akan normal mengikut ketinggian Cie 155cm. Dulu dah elok turun masa pulun buat IF, jaga portion makan dan excercise. Lepas tu ke laut dalam semula.
Begitulah keputusannya. So kena maintan jela untuk bacaan kolesterol dan gula tu. Usia dah meningkat ni memang kena berjaga-jaga dan ada juga family history.
Lepas dah dapat result tu kena key in dalam form yang AJK KOSPEN sediakan. Dalam tu kena jawab banyak jugak soalan berkenaan dengan tuberkulosis dan mental health. Nanti mereka akan screening la siapa yang ada problem nama akan di shortlisted untuk apa-apa program.

0 Ulasan
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.