Sarapan Di Kedai Selepas Ramadan

Pagi tadi selepas sebulan kita berpuasa di bulan Ramadan maka nya kita bersarapan di Kopi Stesen. Keluar dah lambat tadi bila tanya anak-anak nak makan apa jawapannya Kopi Stesen. 


Kami sampai tadi dah pukul 9 lebih. Kedai tak penuh sangat. Banyak juga meja kosong. Sebelum puasa hari tu bersarapan di situ kemain ramai orang. Hari ni lengang. Maybe ramai orang dah puasa dan jamuan raya agaknya.


Macam biasa kalau sarapan di Kopi Stesen ni mesti ada roti bakar. Anak-anak nasi lemak la. Faiz order roti jantan. Roti jantan tu roti titab kot cuma dia tukar nama je. Air pulak kopi o ais untuk Cie, teh o panas Faiz, teh o ais kakak Raisha dan air botol aiskrim soda adik Rania.





Lepas siap sarapan kami terus ke BS Freshmart beli barang dapur. Nak cari cadbury nak repeat buat tart cadbury takdela pulak yang peket 30pcs dan botol tu. Singgah Mini Ria tadi pun takde. Ramai orang beli kot buat tart cadbury. 

Hari tu bawak balik kampung dah habis. Yang kat rumah ni pun dah tinggal sikit. Staf Cie tanya ada lagi ke tart mereka nak beraya tu yang Cie nak repeat buat. Nanti la cari minggu depan kot ada.


Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.