Minggu lepas adik Rania agak busy dengan aktiviti sekolahnya. Mula dari 3 Mac perlu datang ke pameran buku dan 4 Mac ada kem kepimpinan.
Kalau ikutkan 4 Mac pakcu Faiz ada kenduri menyambut menantu di Sri Manja Hotel Kuantan. Yang tahun lepas kami datang kenduri anaknya juga di tempat sama. So tahun ni sorang lagi terima menantu tak dapat la kami memenuhi jemputan. Kain pasang pun Maksu dah bagi untuk warna tema.
Adik Rania kena hadir kem kepimpinan cilik tu. Mulanya Cie suruh adik Rania ponteng je. Dia taknak ponteng sayang nanti takde sijil dan ni dah tahun last sekolah situ. Bincang dengan Faiz takpela tak payah pergi kenduri kat Kuantan tu.
Pameran Buku Di Dewan Jubli Perak Kuala Lipis: 3 Mac 2026
3 Mac ada pameran buku di Dewan Jubli Kuala Lipis. Sekolah adik Rania hantar wakil pengawas PSS, pengawas, pembimbing rakan sebaya, ketua kelas, penolong ketua kelas.
Pagi tu ikut Cie ke office dulu. Kena berkumpul di dewan tu pukul 8.45 pagi. Faiz ambil kat office Cie 8.40 pagi terus hantar ke dewan. Kat dewan tu sampai 12 tengahari. Faiz jugak la yang ambil kat situ. Tengok pameran buku, kalau nak beli buku pun boleh, ada jualan makanan. Adik Rania beli aiskrim goreng dan air teh pyor je.
Kem Kepimpinan Cilik: 4 Mac 2026
Kem kepimpinan diadakan di Institut Pendidikan Guru Kuala Lipis. 5 minit je dari rumah Cie. Pertama kali buat di luar ni. Kem ni setiap tahun ada dan diadakan di sekolah je. Fasilitator pelajar IPG jugak. Tu yang agaknya tahun ni buat di IPG jela.
Seawal 7.15 pagi dah keluar hantar adik Rania. Cie ikut jugak senang nak ambil gambar. Kalau harap babahnya memang takde la gambar. Tunggu gambar dari cikgu jela.
Kem tu berlangsung sehingga pukul 1 lebih. Masa ambil tu babah dia sorang je pergi. Cie busy membakar tart cadbury.
Busy betul adik Rania 2 hari berturut ada program sekolah. 6 Mac nanti ada watikah perlantikan pulak.



5 Ulasan
Penuh xtvt awal2 thn ni kan
BalasPadamsementara anak2 semangat nak join aktiviti sekolah.. biarkan je.. hihihi
BalasPadamBagus adik Rania, taknak ponteng kem ni supaya dapat sijil 👏🏻
BalasPadamgood job adik Rania...kumpul pengalaman dna kenangan selagi boleh ye...
BalasPadamSeronok ada aktiviti gini. =D
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.