Menu Dinner 20 April 2026

Bila hari cuti pantas betul masa berlalu. Sedar tak sedar dah petang. Petang tadi sekali lagi keluar ambil kakak Raisha sekolah balik 4.30 ada kelas KKQ setiap hari Isnin. Walaupun cuti kena juga keluar rumah.

Balik dari ambil kakak Raisha baru solat Asar dan terus masuk kitchen untuk masak dinner. Cuti weekend cuti memasak, weekdays kita start masak dinner semula memandangkan banyak lauk pauk dan sayur dah restock tu. 

Bila banyak lauk pauk ni mula la taktau nak masak apa dulu. Pening jugak fikir menu. Ada ayam, udang, ikan bawal, daging dah siap rebus.


Fikir punya fikir Cie masak asam pedas ayam memandangkan semua bahan ada. Daun kesum beli minggu lepas dah seminggu dalam fridge. Bunga kantan ada sekuntum lagi dalam freezer. Tomato ceri pun ada. So lengkap la bahan asam pedas.

Cuma hari ni macam tak menjadi sangat asam pedas Cie. Macam ada terkurang atau terlebih apa entah. Minyak macam kurang kot. Bukan kepakaran Cie masak asam pedas ni sebenarnya. Baru beberapa kali je masak asam pedas.

Cie masak jugak telur dadar, ikan masin dan bayam goreng. Takde buah menu dinner malam ni. Makan buah sebelah siang je. Ada je buah limau, epal hijau dan oren sunkist. Malas nak potong.  

Ada jugak terbaca tak elok makan buah waktu malam. Buah kan ada gula. Nanti akan spike insulin resistant rasanya istilah tu. Jadi elok makan buah waktu lain. Nanti susah nak turunkan berat. So kita tukar la menu buang makan siang je.


Catat Ulasan

12 Ulasan

  1. Alamak... uncle suka makan buah belah malam...

    BalasPadam
  2. Saya suka asam pedas ini tp sampai skr pun blm berhasil buat. Selalunya masamnya tuh tak dapat feel 😅😅. Hrs banyak mencoba agaknya

    BalasPadam
  3. Seny=tiasa ada sajian bak rezeki yang tak pernah putus..alhamdulillah..

    BalasPadam
  4. Akk pulak kalau banyak bahan mentah dlm peti ais, laju dapat idea nak masak. Kalau tinggal ayam je (stok wajib) mulalah takde idea nak masak

    BalasPadam
  5. Ye bethol...x elok makan buah waktu malam tp itu la yg selalu buat kan...akak beli mangga lemak kat Kuantan 4kg RM20...bila masa nak makan...balik kerja la makan..mmg naik la gula nanti..

    BalasPadam
  6. tk pernah masak menu asam pedas ..slalu MIL yg masak

    BalasPadam
  7. buah memang ada gula dan tgk jenis buah...yg high sugar, memang kena reduce or avoid..cthnya mangga dan durian, sgtlah high sugar!

    BalasPadam
  8. linda memang tak pakar masak asam pedas.. guna pes je senang.. hihihi

    BalasPadam
  9. kena tumis lama sikit rasanya...
    petua mama sy tumis asam pedas tu paling tidak 15 minit...

    BalasPadam
  10. Baik... kita elakkan buah manis waktu malam.

    BalasPadam
  11. dh tau apa yg kurang asam pedas tu, x pecah minyak sbb kuali honeycomb tu.. lps ni cer try lg masak guna kuali tu kalau x pecah minyak mmg sah lah kuali honeycomb x sesuai utk masak asam pedas

    BalasPadam
  12. Menu combo yang best ni. Kadang camtu jugak masak asam pedas yang macam hilang rasa sesuatu. Tapi habis jugak Alhamdulillah hehe

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.