Seawal 7 pagi dah keluar hantar kakak Raisha sekolah. Faiz kerja luar daerah pagi ni 6.30 pagi dia dah keluar tak sempat la nak hantar kakak Raisha. Lepas hantar kakak Raisha sekolah, Cie singgah 7E Cafe nak beli makanan lunch dan Cie beli ice caramel latte.
Tinggal berdua je jadinya malas la nak masak lunch dan malas nak keluar dah beli makanan tu yang beli terus je makanan kat 7E. Beli onigiri dan spageti carbonara je.
Balik dari 7E tu singgah beli makanan sarapan kedai angah. Angah tu dulu buka kedai kat taman Cie tapi sebab gerai mereka tu dah dirobohkan untuk pembinaan food court pulak katanya jadi angah tu pindah kedai lain.
Cie beli nasi lemak ayam untuk adik Rania dan Cie beli lontong kuah lodeh. Tambah seketul ayam goreng bahagian kepak. Lontong tu angah bagi sebiji telur rebus. Dia nak kupas tadi masih panas baru siap rebus dia bagi terus je sebiji. Kupas la sendiri katanya.
Balik rumah terus pakai kasut Cie nak morning walk sekejap. Adik Rania nak ikut jugak jadinya Cie morning walk di dewan terbuka taman je. Sebelah tu ada playground so boleh la adik Rania main buai sambil tunggu Cie pusing dewan tu. Dapat la sekejap je lepas tu dah malas. Susah betul nak excercise ni banyak sifat malas. Hahaha.
Padahal kat rumah ada je walking pad tu pun kekadang rasa boring nak jalan atas tu. Ada masa Cie buat excercise yang light je tak banyak pergerakan. Semalam pulak baru check out kettlebell 4kg. Gara-gara tengok kat threads la jugak ni. Nak turunkan berat punya pasal ni. Entahla hasilnya menjadi ke tak nanti ni.
Balik dari morning walk, sidai kain baju pulak. Banyak membasuh. Petang semalam dah 1 round dah sidai petang semalam jugak. Pagi tadi basuh lagi 1 round terus sidai jugak. Banyak la baju kat ampaian tu. Mujur sekarang musim panas takpela senang kering.
Cie settle sayur kat dapur yang beli weekend hari tu. Potong bayam dan transfer pegaga ke dalam plastic ziplock je. Lepas tu rebus ikan selayang dan potong daging. Ayam dan udang Faiz dah settle semalam. Terus rebus daging dalam noxxa senang nak masak nanti.
Dah settle kerja di dapur baru la Cie sarapan. Dapat la IF dalam 14jam. Selalu hari kerja Cie lajak berbelas jam jugak 16-17 jam jugak. Malas nak sarapan kat office. Berbuka IF waktu lunch je terus. Sepanjang IF Cie minum green tea je.
Hari ni cuti sarapan jela dah lama tak makan lontong kuah lodeh ni. Telur tu separuh je dah, lagi separuh adik Rania makan dengan nasi lemak dia.
Siap sarapan boleh la berehat sambil mengadap blog. Takde urusan seharian hari ni. Kakak Raisha balik 4.30 petang hari ni dia ada KKQ. So takdela kena keluar ambik dia sekolah.



2 Ulasan
Biasanya penjual bagi separuh biji telur rebus untuk lontong, ni bagi sebiji. Puas makan 👍🏽
BalasPadamSaya pon cuti masak 😁 😁 😁
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.