Pertama Kali Cuba Iced Shaken Double Espresso Zus Coffee

Cie sekarang banyak scroll Threads sesaja je kat situ macam-macam tips ada. Tips kurus la, tips cantik la. Cadangan kopi apa best la apa la semua ada. Tak kurang juga gosip artis pun ada. 

Saja jela baca takdela join membawang sekali. Cie bukan nurtizen yang suka menaip benda tak berfaedah. Baca sekadar untuk tau saja. Walaupun ada pendapat atau pandangan sendiri sekadar sendiri jela yang tau.

Tu yang ada nampak orang suggest untuk order Iced Shaken Double Espresso. Cie add velvet cream. Memang sedap la. Tak rugi beli. Nanti next time boleh la order lagi. Selalu order spanish latte je.


Bagi Cie sedap la Iced Shaken Double Espresso add velvet cream. Cie order less sweet. So just nice la rasanya tu.

Minggu lepas sempat la singgah Zus untuk guna voucher. Cie redeem point. RM9 untuk 900points. Cie redeem 2 voucher. Anak-anak nak jugak Creamy Manggo tu yang redeem 2 voucher.



Nanti nak redeem lagi points Cie sekarang dah 1765 setakat hari ni. Setiap hari check in dapat points. Tu pun ada hari yang Cie tak check in.




Catat Ulasan

1 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.