Faiz call kedai kata buka malam ni tadi so selepas Maghrib kami keluar la dan sekali nak hantar adik Rania terus ke sekolah ada lagi training terakhir untuk perbarisan esok. Cikgu cakap props baru siap jadinya nak bagi budak-budak biasa dengan props.
Cie order kuetiau goreng kerang, kakak Raisha order char kuetiau udang, Faiz order nasi goreng. Adik Rania dia nak share je dengan kakak Raisha. Dia dah risau masa tu dah nak pukul 8. Bising suruh kakak dia makan cepat.
Best makan kuetiau kat Sungai Kerpan ni ada extra cili atas meja. Cili potong kicap. Memang ada di setiap meja. Dalam pinggan dah ada cili jeruk, tambah pulak dengan cili potong.
Babahnya order bungkus je untuk adik Rania dia taknak makan. Tak sabar sangat nak ke sekolah takut cikgu marah lambat. Cie dan kakak Raisha tak habis makan lagi. Makan cepat la jugak dia duk push kami. Susah nak menikmati makanan, Cie suruh babah dia hantar dulu ke sekolah. Baru tenang kami nak makan.
Lewat sikit je masa dia sampai tu pun ada lagi kawannya yang belum sampai. Lepas dah hantar adik Rania baru la Faiz ambil kami semula kat kedai. Dekat je dalam 5 minit gitu je. Kami terus singgah sekolah dia jela malas nak balik rumah dah. Tunggu jela sampai habis training 9.30. All out betul cikgu ni train budak-budak.
Kita pulak penat tengok dari pagi tadi 8 pagi sampai 2 petang. Malam sambung lagi. Semoga menang la perbarisan esok ni.




2 Ulasan
Laaa.. bersambung lagi latihannya. All out cikgu buat training ya. Acik yang baca ni pun rasa penat 😃. Esok acara sukan malam lah ya, kalau tak silap last year buat malam kan.
BalasPadamSalam hari ahad dan happy weekend cie. Ni MZ BW guna hp..sbb dh siap breakfast so lepak santai jap sblm bukak lappy nak siapkan keje
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.