Lunch 18 April 2026: Che Ngah Cafe

8 pagi tadi adik Rania ada training perbarisan sukan kat sekolah katanya habis 12pm. Faiz la hantar sambil dia terus pergi kerja. Hari ni ada program. Cie la kena ambil.

Cie tertidur sebenarnya waktu handphone tengah charged. Buka tv tapi tertidur. Sedar-sedar dah 11.45. Kalut la bangun duk fikir adik Rania balik 12pm. Kakak Raisha pun tidur jugak. Laju-laju bersiap kami 2 beranak. Keluar ke sekolah dia ngam 12pm sampai.

Tunggu punya tunggu tak keluar lagi. Dalam 12.15pm baru la dia keluar dengan sorang kawan dia. Dari jauh dah nampak takde bawak botol air. Dah terfikir mesti balik lambat lagi ni. 

Memang betul dia datang kat kereta nak bagitau habis pukul 2. Cikgu ada maklum dalam group rumah sukan. Dia je yang ada dalam group tu. 

Cie dengan kakak Raisha pun terus la gerak ke Che Ngah Cafe nak lunch terus jela sebelum balik rumah. Kami order nasi goreng ayam 3. 2 makan dan 1 bungkus untuk adik Rania. 





Cie order air passion fruit dan kakak Raisha ice lemon tea. Air Cie tak habis pun bawak balik jela. Siap makan terus la balik rumah. Nak kena keluar pulak pukul 2 ambil adik Rania.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. my ariff pun ada aktiviti kat sek ari ni...balik pukul 5 lebih katanya

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Cie, hewhew. Dan selamat menjamu selera harini. 💝

    BalasPadam
  3. kdg2 kita ibubapa ni yg letih menunggu anak2 abis xtvt di sek...

    BalasPadam
  4. Ayam goreng tu nampak menarik...
    Fuhh. Betul² latihan tu..separuh hari juga

    BalasPadam
  5. Sabtu pun ada training perbarisan ya. Tak ingatlah anak² akak dulu ada masuk perbarisan ke tidak. Tapi kalau latihan sukan etc, biasa buat hari sekolah je.

    BalasPadam
  6. Nasib rumah dekat dengan sekolah, boleh balik dulu...

    BalasPadam
  7. Menarik lah air yg Kakak pesan. Nampak segaaar. Kalau passion fruit nih saya memang paling suka dibuat minuman

    BalasPadam
  8. Adik Rania busy raptai perbarisan rupanya. Lama juga latihannya :D

    BalasPadam
  9. Wahhhh nasi goreng itu buat extra kelaparan pula😅

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.