Seawal 7 pagi dah keluar hantar kakak Raisha sekolah. Faiz kerja luar daerah pagi ni 6.30 pagi dia dah keluar tak sempat la nak hantar kakak Raisha. Lepas hantar kakak Raisha sekolah, Cie singgah 7E Cafe nak beli makanan lunch dan Cie beli ice caramel latte.
Tinggal berdua je jadinya malas la nak masak lunch dan malas nak keluar dah beli makanan tu yang beli terus je makanan kat 7E. Beli onigiri dan spageti carbonara je.
Balik dari 7E tu singgah beli makanan sarapan kedai angah. Angah tu dulu buka kedai kat taman Cie tapi sebab gerai mereka tu dah dirobohkan untuk pembinaan food court pulak katanya jadi angah tu pindah kedai lain.
Cie beli nasi lemak ayam untuk adik Rania dan Cie beli lontong kuah lodeh. Tambah seketul ayam goreng bahagian kepak. Lontong tu angah bagi sebiji telur rebus. Dia nak kupas tadi masih panas baru siap rebus dia bagi terus je sebiji. Kupas la sendiri katanya.
Balik rumah terus pakai kasut Cie nak morning walk sekejap. Adik Rania nak ikut jugak jadinya Cie morning walk di dewan terbuka taman je. Sebelah tu ada playground so boleh la adik Rania main buai sambil tunggu Cie pusing dewan tu. Dapat la sekejap je lepas tu dah malas. Susah betul nak excercise ni banyak sifat malas. Hahaha.
Padahal kat rumah ada je walking pad tu pun kekadang rasa boring nak jalan atas tu. Ada masa Cie buat excercise yang light je tak banyak pergerakan. Semalam pulak baru check out kettlebell 4kg. Gara-gara tengok kat threads la jugak ni. Nak turunkan berat punya pasal ni. Entahla hasilnya menjadi ke tak nanti ni.
Balik dari morning walk, sidai kain baju pulak. Banyak membasuh. Petang semalam dah 1 round dah sidai petang semalam jugak. Pagi tadi basuh lagi 1 round terus sidai jugak. Banyak la baju kat ampaian tu. Mujur sekarang musim panas takpela senang kering.
Cie settle sayur kat dapur yang beli weekend hari tu. Potong bayam dan transfer pegaga ke dalam plastic ziplock je. Lepas tu rebus ikan selayang dan potong daging. Ayam dan udang Faiz dah settle semalam. Terus rebus daging dalam noxxa senang nak masak nanti.
Dah settle kerja di dapur baru la Cie sarapan. Dapat la IF dalam 14jam. Selalu hari kerja Cie lajak berbelas jam jugak 16-17 jam jugak. Malas nak sarapan kat office. Berbuka IF waktu lunch je terus. Sepanjang IF Cie minum green tea je.
Hari ni cuti sarapan jela dah lama tak makan lontong kuah lodeh ni. Telur tu separuh je dah, lagi separuh adik Rania makan dengan nasi lemak dia.
Siap sarapan boleh la berehat sambil mengadap blog. Takde urusan seharian hari ni. Kakak Raisha balik 4.30 petang hari ni dia ada KKQ. So takdela kena keluar ambik dia sekolah.



15 Ulasan
Biasanya penjual bagi separuh biji telur rebus untuk lontong, ni bagi sebiji. Puas makan 👍🏽
BalasPadamSaya pon cuti masak 😁 😁 😁
BalasPadamlast week saya try IF jugak, stop makan pukul 8 malam, makan esoknya pukul 12 pm. harap konsisten la
BalasPadamSaya pun geram je nak beli kettlebell satu tapi dah ada dumbbell kat rumah ni 🤭 Takut nnt equipment bertambah buatnya idok hehehe.
BalasPadamSedapnya lontong! Dah beli bahan2 tinggal nak buat tapi sbb smlm dah makan lontong masa potluck raya dgn jiran2 jadi auto malas pulak nak buat sendiri 🤣
Meriah aktiviti Cie. Aktif ke sana ke sini. Lontong itu nampak sedap sungguh. Langsung kelaparan. Lama berkurun tidak buat IF.
BalasPadamsedap nampak lontong cie tu.
BalasPadamCuya paling pemalas bab BW ni. Tak minat .. hahaha
BalasPadamLagi rela berbasikal dalam bilik selama 1 jam. Memang berpeluh-peluh. Tapi tula, kerajinan kita nipis gak kekeke
Samalah..cuti hari ini juga :)
BalasPadamPenuh juga aktivitinya tu Cie 👍🏻
BalasPadamSaya paling suka workout pakai kettleball 😄👍👍. Langsung full body workout pakai itu. Saya pakai yg 8 kg. Tak payah pakai dumbell lagi kalau dah pakai kettleball. Paling mantap kalau squat pakai kettleball sebagai pemberat 😄👍. Otot kaki kuat.
BalasPadamSelamat melakukan ruti percutian..banyak dapat di lakukan kan..bersenam dan sebagainya..
BalasPadamAkak nak consistently puasa..insyaallah...buat sunat Isnin ngan Khamis start minggu depan...suami dh start puasa hari-hari ni...harap2 turun la berat badan dan lebih sihat lepas ni..
BalasPadamwaa besnya cie cuti yer semlm.MZ semlm gi opis sbb ada meeting. ari ni pun ada meeting jugak ni...minggu ni tak de kelas sbb univ/students tgh cuti mid sem break tp staff kena keje mcm biasa unless apply annual leave
BalasPadamok sgt tu dapat sebiji
BalasPadamada jg yg kedekut 1/4 je dia bagi
gerammmm
Ibu pun sama-sama penat ya.
BalasPadamBest laa dapat cuti hari Isnin.
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.