Kejohanan Sukan Tahunan 2026 Yang Ke 58 Tahun

19 April 2026 telah berlangsung Kejohanan Sukan Tahunan 2026 yang ke 58 tahun. Lagi tua dari Cie usia sukan tahunan sekolah adik Rania ni. Tahun terakhir la adik Rania join kejohanan sukan sekolah rendah ni.

Khamis minggu lepas 16 April telah berlangsung kejohanan pra sukan tahunan. Banyak juga la acara yang dipertandingkan. Adik Rania masuk acara lari dalam guni berkumpulan. Rumahnya dapat tempat ketiga. Dapat la medal boleh la tambah koleksi. Adik Rania rumah sukan Tok Gajah warna hijau.


Sepanjang minggu lepas la busy dengan training kat sekolah. Untuk hari kejohanan pada Ahad tu adik Rania cuma masuk perbarisan je. Hanya tinggal acara larian saja yang berlangsung pada Ahad tu. Masuk perbarisan pun busy dengan training untuk persembahan. 

Rumah sukan adik Rania tema tabung haji. Rumah merah CIMB, rumah kuning Maybank dan rumah biru Bank Rakyat. Hiasan rumah cikgu dan parents la jugak tolong hias. 

Seawal 7 pagi kami dah sampai ke sekolah. Cikgu mintak kaum ibu tolong datang siapkan anak-anak. Banyak nak kena pakai. Idea cikgu la agaknya. Jenuh la kami kaum mak ni tolong pakaikan. Cie tolong jugak pakaikan kawan adik Rania yang maknya tak dapat datang.





Adik Rania kena pegang props kaabah. Semua yang perempuan kena pakai macam Arab tu. Gigih la cikgu-cikgu sediakan perhiasan macam-macam untuk kena dengan tema tabung haji tu.

Lambat juga mula perbarisan tunggu perasmi lambat datang. Hampir pukul 10 baru sampai. Matahari dah terpacak atas kepala. Kesian budak-budak kepanasan. Kami pun kepanasan jugak lambat sangat mula perbarisan.



Siap bawak kerusi healing dan tikar. Melepak jela tepi khemah rumah sukan. Ada pokok sawit tepi padang tu. Kejap teduh, kejap panas. Ada masa angin kuat. Bawak jugak mini fan. Kepala pun naik denyut panas.




Sekolah adik Rania ni tak pernah buat malam. Tak sesuai padang sekolahnya takde spotlight dan tempat yang proper. Tu yang mereka buat siang. Sekolah kakak Raisha memang dah beberapa tahun buat malam. Sejuk la sikit.

Rumah hijau perbarisan yang pertama sekali. Cie rekod la video persembahan. Bagi Cie best juga rumah hijau ni kena la dengan tema tapi masa pengumuman pemenang tu rumah hijau dapat nombor 3 berkongsi kedudukan dengan rumah kuning. Rumah merah tempat pertama tema sotong CIMB. Persembahan pun biasa je. Mungkin menarik hati juri kot.



Tapi rumah hijau memang deco rumah sukan tercantik dan juara keseluruhan kejohanan sukan. Memang cantik deco rumah hijau kena sangat dengan tema tabung haji. Hasil kutipan mata semua acara rumah hijau jadi juara. Tak sempat pun nak ambil gambar rumah sukan lain. Cie ambil dari lensa kamera sekolah je gambar rumah sukan lain.




Gambar dari lensa kamera sekolah: rumah biru Bank Rakyat

Gambar dari lensa kamera sekolah: rumah kuning Maybank

Gambar dari lensa kamera sekolah: rumah merah CIMB

Lambat acara larian habis. Penyampaian hadiah start pukul 2 petang. Dah kepenatan menunggu habis. Kesian juga acara larian tengah panas terik. Pukul 2 lebih baru habis majlis. Mujur la sekolah bagi cuti hari Isnin sempena hari sukan Ahad. 

Bukan anak je penat, dengan ibu sekali penat. Peluh ketiak la jadi mak andam siapkan anak-anak. Pengalaman adik masuk perbarisan tahun terakhir sekolah rendah.






Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. penat tp kenangan manis utk anak2 kita kan ;) lps ni dh abih sek rendah dah

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.