Menu Dinner 21 April 2026

Hari ni dah kembali bekerja. Semalam jela sehari cuti. Bukan monday blues la hari ni, rasa tuesday blues la pulak. Lemau semangat nak kerja. Rasa syok cuti duk rumah.

Kettlebell Cie pun dah sampai petang tadi. Dah try buat excercise best jugak. Semoga sentiasa semangat la. Cie beli yang 4kg je. Cie try buat tadi lepas masak. Gara-gara teracun dari threads la ni.


Untuk dinner hari ni Cie masak sambal udang petai. Dari minggu bila entah rasa nak makan sambal udang petai. Petai dah beli masa tu, udang pulak takde. Weekend hari tu pesan kat Faiz beli udang. So tadi buat terus sambal petai udang.

Cie rasa dah tau kenapa tekstur asam pedas Cie semalam macam lain je. Cie tumis kat kuali honeycomb tu. Tak jadi pecah minyak walaupun dah tumis lama. Tadi pun Cie guna kuali tu. Tumis sambal dah lama tapi tak pecah minyak Cie pun tukar kuali biasa. Elok je pecah minyak. Baru la cantik kejadian sambal Cie.

Selain dari udang Cie rebus telur, masak isi ayam goreng tepung bestari cukup la untuk protein hari ni. Dah macam menu ala nasi lemak dah. Cuma takde ikan bilis goreng je. Mula tadi nak buat bilis goreng tapi tukar ayam.

Sayur pulak ulam jela malas nak masak sayur. Ulam timun dan pegaga. Lama tak makan pegaga. Beli barang dapur weekend hari tu nampak pegaga terus ambil 1 peket. Banyak juga sepeket tu. 

Tu jela menu dinner Cie malam ni. Lepas Maghrib tadi dah siap dinner. Lambat tulis entri ni je. Busy scroll threads cari apa lagi isu terkini. Hihi


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Eh ni menu saya Ahad lepas 😅 samalah teringin makan sambal udang petai lepas baca blog SK, Sabtu lepas beli petai dan terus buat menu ni sbb nak habiskan stok udang dalam peti sejuk hehe

    BalasPadam
  2. Sedapnya sambal udang petai.
    Haah macam Cie hendak buat menu nasi lemak.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.