Kettlebell Cie pun dah sampai petang tadi. Dah try buat excercise best jugak. Semoga sentiasa semangat la. Cie beli yang 4kg je. Cie try buat tadi lepas masak. Gara-gara teracun dari threads la ni.
Untuk dinner hari ni Cie masak sambal udang petai. Dari minggu bila entah rasa nak makan sambal udang petai. Petai dah beli masa tu, udang pulak takde. Weekend hari tu pesan kat Faiz beli udang. So tadi buat terus sambal petai udang.
Cie rasa dah tau kenapa tekstur asam pedas Cie semalam macam lain je. Cie tumis kat kuali honeycomb tu. Tak jadi pecah minyak walaupun dah tumis lama. Tadi pun Cie guna kuali tu. Tumis sambal dah lama tapi tak pecah minyak Cie pun tukar kuali biasa. Elok je pecah minyak. Baru la cantik kejadian sambal Cie.
Selain dari udang Cie rebus telur, masak isi ayam goreng tepung bestari cukup la untuk protein hari ni. Dah macam menu ala nasi lemak dah. Cuma takde ikan bilis goreng je. Mula tadi nak buat bilis goreng tapi tukar ayam.
Sayur pulak ulam jela malas nak masak sayur. Ulam timun dan pegaga. Lama tak makan pegaga. Beli barang dapur weekend hari tu nampak pegaga terus ambil 1 peket. Banyak juga sepeket tu.
Tu jela menu dinner Cie malam ni. Lepas Maghrib tadi dah siap dinner. Lambat tulis entri ni je. Busy scroll threads cari apa lagi isu terkini. Hihi


17 Ulasan
Eh ni menu saya Ahad lepas 😅 samalah teringin makan sambal udang petai lepas baca blog SK, Sabtu lepas beli petai dan terus buat menu ni sbb nak habiskan stok udang dalam peti sejuk hehe
BalasPadamSedapnya sambal udang petai.
BalasPadamHaah macam Cie hendak buat menu nasi lemak.
Sedap2.
BalasPadamRajin ya akak skroll threads. Cuya langsung takde threads, malas nak guna
oo pakai kuali honeycomb tak pecah minyak.. agaknya kuali tu khas untuk masakan sihat yang tak perlukan banyak minyak.
BalasPadamKat rumah stock udang ada tapi petai tak jumpa lagi... last-last masak biasa je.. adalah satu kali nak masak lagi harapnya jumpalah petai.
menu dinner saya semlm...mr hubby tapau jer...saya mkn nasi kerabu la for dinner (rare jugak mkn nasi kerabu for dinner sbb biasanya mkn NK for breakfast)
BalasPadamsy jugak x mkn petai.. tp suka tgk org masak petai
BalasPadamSambal udang petai sedapnya
BalasPadamAkk pun dah lama tak makan ulam pegaga
BalasPadamSambal petai udang tu mngancam =D
BalasPadamlinda pun suka sambal petai udang...tapi, kak M tak boleh makan pedas.. kalau tak pedas tak kick.. emmm
BalasPadamSambal udang petai... sedap tu.
BalasPadamSajian yang menggembirankan keluarga..
BalasPadamEh kenapa kalau pakai honeycomb JD tak pecah minyak ya kak.. apa mungkin Krn ini juga sambal nasi lemak saya tak pernah menjadi 🤣🤣. Ada hubungan dengan bahan dasar dia yaa
BalasPadamWah, hebatnya Cie, workout guna kettlebell. 💪
BalasPadamSedap, sambal udang petai Cie tu. Boleh menambah nasi. 😋
Ya allah nampak udang sambal petai tu..teringat ada petai dalam fridge..ntah apa la jadi petai tu
BalasPadamHari ni kita buat satu lauk je. Egg drop soup tapi dalam tu ada ayam, telur dan bayam.
BalasPadamkettlebell tu mcm angkat berat jugaklah kan?
BalasPadambtw sedapnya udang smabal petai!
Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.