Dapat hasil tanaman belakang rumah Kak Ngah. Ada mangga gergasi 2 biji dan belimbing buluh 1 plastik. Macam plan nak buat teka berat belimbing 1 plastik. Nanti tengok kalau rajin. Hari tu dah buat teka mangga.
So menu dinner hari ni berasaskan belimbing. Kak Ngah bekalkan gulai lemak telur itik. Kami panggil gulai lemak (masak lemak). Dia letak belimbing jugak. Dia masak lunch tadi kami taknak makan masih kenyang pagi tu makan macam-macam. Tu yang dia bekalkan bawak balik. Cie panaskan je untuk makan dinner.
Cie cuma tambah bawal goreng nak cicah dengan kicap bawang cili. Lepas tu buat sambal goreng ikan bilis letak belimbing jugak. Ulam timun dan pegaga. Tembikai tu makan sebelah petang sebelum dinner.
Banyak buah belimbing ada 2 pokok. Kak Ngah tak sempat nak merebus busy menguruskan anaknya. Abang Ngah belum keluar hospital lagi. Tu yang takde masa nak merebus.
Cie singgah rumah Kak Long tadi pun dia duk merebus belimbing jugak. Untuk dijadikan belimbing rebus hitam tu senang nak masak sambal hitam.
Pukul 2 lebih gerak balik. Sampai rumah anak-anak lapar pulak. Kakak Raisha masak nasi makan dengan gulai lemak telur itik kiriman Mokcang mereka tadi.


4 Ulasan
Memang sedap belimbing sambal hitam. Selalu juga beli kat shopee pastu post sini kalau pos baju raya.
BalasPadamOoo belimbing tu rebus dulu siap² kemudian baru masak. Ada ambil order x Cie.. nak beli.
BalasPadamAkak try cari kat Shopee rasa ada jual. Kakak Cie tak jual dia rebus untuk makan sendiri je.
PadamMangga gergasi belakang rumah je? Mesti besar belakang rumah kak ngah tu... muat gergasi!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.