Menu Dinner 26 April 2026


Pagi tadi balik kampung sekejap. Kami balik 3 beranak je. Faiz ada program kerja. Sebelum balik tadi sempat singgah beli iced caramel latte 7e, singgah beli makanan pagi nak bawak ke rumah Kak Ngah. Takde gambar malas nak ambil.


Dapat hasil tanaman belakang rumah Kak Ngah. Ada mangga gergasi 2 biji dan belimbing buluh 1 plastik. Macam plan nak buat teka berat belimbing 1 plastik. Nanti tengok kalau rajin. Hari tu dah buat teka mangga.

So menu dinner hari ni berasaskan belimbing. Kak Ngah bekalkan gulai lemak telur itik. Kami panggil gulai lemak (masak lemak). Dia letak belimbing jugak. Dia masak lunch tadi kami taknak makan masih kenyang pagi tu makan macam-macam. Tu yang dia bekalkan bawak balik. Cie panaskan je untuk makan dinner.

Cie cuma tambah bawal goreng nak cicah dengan kicap bawang cili. Lepas tu buat sambal goreng ikan bilis letak belimbing jugak. Ulam timun dan pegaga. Tembikai tu makan sebelah petang sebelum dinner.

Banyak buah belimbing ada 2 pokok. Kak Ngah tak sempat nak merebus busy menguruskan anaknya. Abang Ngah belum keluar hospital lagi. Tu yang takde masa nak merebus. 

Cie singgah rumah Kak Long tadi pun dia duk merebus belimbing jugak. Untuk dijadikan belimbing rebus hitam tu senang nak masak sambal hitam.

Pukul 2 lebih gerak balik. Sampai rumah anak-anak lapar pulak. Kakak Raisha masak nasi makan dengan gulai lemak telur itik kiriman Mokcang mereka tadi.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Memang sedap belimbing sambal hitam. Selalu juga beli kat shopee pastu post sini kalau pos baju raya.

    BalasPadam
  2. Ooo belimbing tu rebus dulu siap² kemudian baru masak. Ada ambil order x Cie.. nak beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak try cari kat Shopee rasa ada jual. Kakak Cie tak jual dia rebus untuk makan sendiri je.

      Padam
  3. Mangga gergasi belakang rumah je? Mesti besar belakang rumah kak ngah tu... muat gergasi!

    BalasPadam
  4. Belimbing wuluh nih susah sangat di dekat pasar rumah saya. Padahal kalau di Medan dan Aceh, belambak di mana2 pasar. Heran saya.... Orang2 JKT nih tak banyak pakai belimbing wuluh dalam masakannya saya rasa

    BalasPadam
  5. Alahai sedapnya lauk masak lemak cili api telur itik dengan belimbing buluh.
    Hehe sudah balik rumah baru lapar.

    BalasPadam
  6. terliur plak gulai lemak telur itik!

    BalasPadam
  7. Kak SA tiap kali "balik" Kuantan akan beli sambal hitam pahang...hehehe..buat stock..sedapnya gulai elmak telur itik...lagi sedap ada belimbing..masam- masam sedap kan...

    BalasPadam
  8. Aduhai..Sedapnya gulai lemak telur itik tu =D

    BalasPadam
  9. Besar mana agaknya mangga gergasi tu ye? Sedap masak lemak telur itik + belimbing buluh

    BalasPadam
  10. Kena betul tu, gulai lemak dah siap, tinggal goreng ikan dan buat sambal. Kita kalau lauk macam ni, siap bertambah² nasi, Cie.

    BalasPadam
  11. Sedapnya gulai lemak telur tu.. Lama tak makan..
    memang bertambah nasi ini..

    BalasPadam
  12. Gulai belimbing tu saya tak makan sangat. Tapi kalau sambal belimbing saya suka. Teringat dulu makcik kawan selalu buat, smpai sekarang teringat-ingat dia punya sedap tu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.