Repeat Buat Tart Cadbury

Dah plan weekend nak repeat buat tart cadbury. Staf Cie duk menanya dah. Yang Cie buat raya hari tu ada sikit je tak syok pulak nak bawak ke office. Semalam masa beli buah terus tengok coklat cadbury ada stok dah. Cie pun ambil 3 peket yang 30 chunks tu. Cukup 1 adunan.


Pagi tadi lepas beli barang dapur Cie terus uli adunan tart cadbury. Cie buat warna pink. 2 jam je siap la 1 adunan. Setiap peket cadbury tu ada 29 chunks je. Haihhh Cadbury ni scam pulak dah. Tak cukup.


Biasanya 1 adunan tu akan dapat 88-90pcs lebih kurang. Tadi hanya dapat 87pcs je. Ada la lebihan tepung. Sayang nak buang jadinya Cie bakar jela jadi semperit.


Siap dah tu nanti nak bawak sikit ke jamuan jabatan Cie hari Selasa. Anak-anak memang suka tart cadbury ni. Tahun depan kalau panjang usia nak open order la tart cadbury dan kuih gunting. Tengok keadaan. Ramai dah menanya.

Nak berehat sambil membelai mata. Lepas Asar kang baru nak masak menu berbuka hari ni. Plan nak masak ayam berlado. Taktaula menu apa lagi kang tadi dah restock sayur, lauk dan buah.


 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Tengok gambar teringat tat nanas.
    Wah bagusnya bawa biskut yang orang asyik tanya.

    BalasPadam
  2. rajinnya cie! tart tu nampak sedap laaaa

    BalasPadam
  3. Mesti sedap kuih tat cadbury ni, sampai kawan-kawan tertanya-tanya.

    BalasPadam
  4. Kita repeat cornflakes.... bawa balik kampung, sebelum raya dah habis.....

    BalasPadam
  5. Rajinnya Cie. Bertuah ye Cadbury pun hendak scam orang

    BalasPadam
  6. Aduihai rajin nya bah Cie ni..patutlah teman sebelah sayang ..Bos Suami bertambah sayang tau..

    BalasPadam
  7. Suka tengok orang pandai buat kuih ni...

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.