Sekarang ni memang sangat busy. Entri bookdoc challenge pun tak share juga lagi ni. Walaupun busy tetap spend time jugak nak menulis entri 1-2 post sehari.
Menu Dinner 16 Mei 2026
Hari Sabtu yang lepas 16 Mei Cie masak lauk pauk yang simple je. Takde idea nak masak dah kebetulan masa tu belum restock barang dapur. Masak jela apa yang ada.
Cie masak ayam bakar madu guna perencah adabi. Sedap dan mudah je nak buat. Cie gaul je dengan perencah tu masuk je dalam air fryer. Cie masak jugak telur mata kicap. Nak habiskan daun munggai ada lagi sikit Cie tumis air gitu je.
Menu Dinner 17 Mei 2026
17 Mei ni dah restock barang dapur. Dah beli sayur penuh fridge dah. Cie masak ayam goreng paprik. Letak kacang panjang, lobak merah dan bunga kobis.
Kalau Cie masak memang tak sejenis la. Selalunya berjenis ikut tahap kerajinan. Rebus sebiji telur masin dan goreng jugak telur dadar. Kobis panjang Cie goreng je.
Menu Dinner 18 Mei 2026
Masa beli barang dapaur tu Faiz beli puyuh frozen. Cie buat goreng kicap je. Mula ingat nak buat masak lemak, macam malas pulak. Buat goreng kicap pun sedap je.
Telur dadar macam setiap hari pulak minggu tu. Nak habiskan telur je. Biasa beli sepapan memang kena masak hari-hari menu telur baru cepat habis. Adik Rania tak makan sangat puyuh. Tu yang kena la standby jugak telur dadar.
Malas nak goreng sayur buat ulam timun dan kacang panjang cicah sambal belacan.
Menu Dinner 19 Mei 2026
Kering idea jugak bila masak hari-hari. Lama tak masak kari ayam. Masak kari ayam letak kentang. Pekat likat kari ayam Cie.
Menu kari ayam memang ngam la dengan telur masin. Rebus sebiji je banyak-banyak tak habis jugak. Cie dah buat stok ikan rebus so goreng 1 ekor ikan rebus dan 1 ekor ikan salai goreng.
Sayur kobis bulat goreng. Masa nak makan baru la keluarkan sambal belacan. Kari tu ada lebih kuah Faiz simpan dalam freezer. Nak buat kuah cicah roti puri nanti.
Menu Dinner 20 Mei 2026
Menu akhir sekali untuk minggu tu masak tomyam ayam pulak. Lebir sekali dalam periuk senang kerja. Kalau ada tomyam kena la ada telur dadar baru complete.
Terlebih rajin sikit buat la kerabu ikan bilis. Cie memang suka kerabu. Kalau kerabu perut lagi la kegemaran. Dah pelbagai lauk ada so sayur malas dah nak masak. Potong timun jela.
Sampai 20 Mei jela menu Cie masak untuk dinner. 21 Mei tak masak off kitchen. Nanti Cie share entri lain makan kat kedai yang baru kami try.







13 Ulasan
Memang ibu mithali Cie ni, istiqamah masak dinner untuk family. Telur dadar atau telur masin mesti ada dlm menu tu.. nice 👍
BalasPadamSemua sedappp... Left over lauk kalau masih banyak mmg boleh jer simpan buat tambah kuah pun jadi la kan utk next dinner.. 👍🏻
BalasPadamKuah kalau dipanaskan jadi lebih sedap kadang tu :)
BalasPadamAduhai..Terliur tgk masak kicap tu =D
BalasPadamSedap2 menu dinner Cie buat, yang penting air tangan ibu kan 😄
BalasPadamMasuk blog ini tidak sah kalau tidak lapar
BalasPadamRajin Cie masak setiap hari. Akak masak banyak, jadi esoknya kita panaskan je. Telur dadar ada, sambal belacan pun ada, memang selera dah. 😋
BalasPadamAda masanya memang tak tahu nak masak apa..
BalasPadamLama pula Sha tak makan asam pedas ayam.. Macam nak kena merayap ke melaka @ muar ini..
PadamBila anak² kurang makan ikan, kena pelbagaikan masakan ayam ya.
BalasPadamTiap lihat postingan menu, memang langsung dpt idea nak masak apa 😄. Dan liat telur asin, jadi teringin. Dah lama tak beli. Nanti nak stok telur asin lah 😍
BalasPadamcie rajin snap2 pic :) terbaekkk
BalasPadamSedap-sedap belaka menu dinner Cie ni, kecur liur kakak tengok lauk puyuh goreng kicap dengan kari ayam pekat likat tu. Bagus buat entri himpunan macam ni, sekurang-kurangnya boleh jadi rujukan buat kakak pulak kalau kering idea nak masak dinner nanti. Betul tu, sekali-sekala lauk leftover panaskan balik buat tambah kuah pun dah cukup nikmat, tak membazir. Terbaik Cie!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.