Singgah Beli Kenangan Coffee Bentong

Masa on the way gerak dari Raub tadi nak hala ke Bentong Faiz nak beli latte kat Kenangan Coffee. Cie pun order jela untuk pick up kat Bentong.


Yang Cie suka apps Kenangan Coffee ni banyak voucher. Boleh kata sepanjang masa la ada voucher. Kat Lipis takde jadinya tak dapat la nak guna. Kalau buka kat Lipis rasanya memang muka Cie jela yang beli. Air sedap, pastries, cake semua sedap.


Cie beli Kenangan Latte untuk Faiz. Ambil yang 1 drink + 1 cream puff. Harganya murah sikit dari beli asing. Untuk Cie ambil D Spanish Latte.



Cream puff dah pernah beli sekali dan memang sedap. So repeat lagi. Nak order croissants biscorf untuk anak-anak takde pulak tadi. Padahal perut masih kenyang makan roti canai. Takpela petang sikit kang makan. Beli 1 je cream puff untuk Cie je.

Sampai nak pick up order belum siap. Sempat la ootd, selfie, ambil gambar dalam tu sementara tunggu order. Sempat membelek merchandise tapi macam tak menarik. Tengok jela.




Order dah siap terus la gerak ke KL untuk holiday 2 hari 1 malam. Faiz la melayan anak-anak nak tidur hotel. Kalau ikutkan Cie balik hari je. Bukan jauh pun cuma maybe jem la. 

Tadi on the way pun jem sekejap. Ada 2 accident. 1 yang langgar belakang. 1 lagi tadi nampak tengah tarik kereta masuk gaung terbabas. Taktau la keadaan orang dalam tu. Maybe dah keluar kot. Semoga baik-baik jela.





Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. tak dinafikan cream puff kenangan mmg👍👍👍

    BalasPadam
  2. Selamat bercuti2 di KL Cie! Kiteorg pun nak pergi staycation lepas solat Jumaat nnt.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.