Adik Rania Cedera Tepi Mata

Pukul 11 lebih pagi tadi cikgu BM adik Rania whatsapp bagitau adik Rania cedera kat tepi mata. Ada budak lelaki kelas dia baling bulu ayam terkena tepi mata. 

Masa tu cikgu tengah kutip kertas Maths baru habis ujian. Cikgu cakap budak tu nak baling kat kawan dia dan terkena Syafiyah (kat sekolah mereka panggil Syafiyah sebab kelas dia ada nama Rania juga).

Cikgu cakap dah sapu minyak gamat dah stop berdarah dan dah tampal plaster. Cikgu suruh Cie tengok la luka tu. Cie pun tanya cikgu dia ok ke? Perlu ibu datang sekolah ke? 

Cikgu cakap sekejap lagi nak ujian RBT pulak kalau nak ambil awal boleh je. Cie cakap Syafiyah ada training choral speaking dan ada recording petang. Dia stay sekolah je. Cikgu cakap lepas habis ujian nanti cikgu call boleh cakap dengan Syafiyah. 

Dalam masa sama ibu nak host google meet demo masakan jabatan pukul 11.30. Link dah send takkan nak batal pulak. 

Tengah je host GM call masuk. Mintak pepm yang join GM tu tolong sambung jadi host pulak. Cie masuk office jawab call cikgu. Cikgu bagi cakap dengan adik Rania. 

Dengar suara adik, ibu sebak la pulak. Dia kata adik ni. Tanya dia ok tak. Dia cakap ok je. Ibu nak datang sekolah dia cakap tak payah adik ok. Ibu yang bergetar suara nak nangis bila dengar anak cedera. 

Petang tadi dia ada recording choral speaking. Ibu risau la takut dia tak boleh nak masuk. Dah training 2 minggu. Kita takut la sakit ke apa kan. 

Habis GM training tadi terus decide nak jenguk dia kejap kat sekolah. Sampai je sekolah tak nampak dia kat mana. Tanya cikgu kat bawah katanya ada kat surau. Cie pun menapak la naik ke surau tingkat 4. Gayat weh tinggi betul sekolah. 

Sampai tingkat 4 ketar kaki dah la gayat campur risaukan anak. Dengar dari luar je mereka tengah training lagi. Cie tunggu jela luar surau tu. Nak tengok keadaan dia je. Baru puas hati. 

Dalam 15 minit juga Cie tunggu. Lepas tu ada la nampak budak-budak dah habis training. Nak rehat pulak. Kawan dia panggil Syafiyah ibu kau datang. Dia nampak ibu senyum la terus. Cie pun tanya dia ok ke tak apa semua dan snap gambar.

Ni waktu kat sekolah Cie tengok dia

Adik Rania cakap ok je. Takde apa. Dia nak beli makanan dengan kawan. Lega la ibu tengok dia ok tu. Cie pun balik la office semula masa tu dah 1.30 malas dah nak balik rumah. Ibu update kat story IG dan whatsapp ramai la menanya. 

Kakak ipar lagi la cakap pergi je sekolah cari budak tu marah je sekali. Darah pendekar kakak ipar i ni. Hahaha. 

Entahla takde rasa nak marah budak tu. Cuma risaukan anak sendiri je. Sebab benda dah jadi kan. Cikgu pun dah marah budak tu selepas dia cederakan Rania tu. Menangis teruk cikgu cakap selepas kena marah. Dia lebih-lebih menangis dari orang yang cedera. 

Cie tanya nama budak tu dan cikgu bagi nama. Cie terus cari parent budak tu dalam group whatsapp kelas. Dah jumpa nombor Cie send la ke Faiz. Bagi Faiz handle dia cool sikit. Cie darah pahlawan. Hahaha. 

Faiz whatsapp la mak budak tu bagitau dia dah cederakan anak kami. Dia cakap tau anak dia cerita. Dah tau tapi takde inisiatif nak cari parents Syafiyah untuk minta maaf. Kalau Faiz tak pm dia takdela nak cari kita. 

Mak budak tu cakap anaknya nak baling kat kawan bulu ayam tu dan terkena Syafiyah. Faiz cakap tak kira la nak baling siapa pun sepatutnya tak boleh baling orang. Dia cakap dah suruh Syafiyah elak. Habis kalau Syafiyah elak kena kawan dia la pulak besi tu tajam kot. 

Darjah 6 ada otak dah fikir benda bahaya atau tidak. Mujur Faiz yang handle. Kalau Cie yang handle memang akan bergaduh besar dengan mak budak tu sebab darah pahlawan ku mendidih jugak. Hahaha. 

Adik Rania habis recording choral speaking tadi 5.30 petang. Dia balik Cie tanya kejadian sebenar. Katanya budak tu pengawas, cikgu ambil nametag dia tadi dan kena gantung pengawas. Nasib kau la budak siapa suruh nakal sangat. 

Lepas Maghrib tadi siap-siap makan dan bawak terus ke klinik. Mulanya adik Rania taknak dia takut dapat MC dan tak boleh pergi sekolah. Cie cakap takpe ibu cakap kat doktor taknak MC. Nak tengok keadaan luka tu je. 

Sampai klinik tadi takde orang so cepat la. Poliklinik Farhain 24jam so senang la nak datang bila-bila pun. Masuk bilik doktor terus tanya kenapa. Ibu pun cerita la apa yang berlaku. 



Doktor pakai glove terus check tempat luka tu. Katanya nasib baik la tak terkena mata. Luka pun tak dalam. Cuma kulit terkoyak je. Doktor sapu antibiotik dan nak bagi MC. Cie cakap tak perlu la dia ada exam dan choral speaking. Doktor bagi ubat sapu jela melayang RM45. 

Selepas doktor cuci dan sapu ubat


Parents budak tu takdela cakap nak tanggung kos klinik ke apa waktu Faiz cakap nak bawak Syafiyah ke klinik. Dia cuma cakap semoga dipermudahkan. Kalau ikutkan darah pahlawan Cie ni panjang la ceritanya. Tapi malas nak besarkan isu ni. Anak kita tak cedera teruk pun dah seribu rahmat. Ada la hikmah atas apa yang berlaku. 




Catat Ulasan

0 Ulasan