Terpaksa rajinkan diri untuk masak. Kalau makanan beli pun jemu jugak mesti beli yang bergoreng macam nasi goreng tu. Better masak jela yang simple pun takpe.
Menu Dinner 13 Jun - 20 Jun 2026
13 Jun 2026
Ni Cie dah share di post Cara Buat Bubur Nasi Guna Periuk Noxxa. Teringin nak makan bubur nasi buatan sendiri jadi buat la sendiri. Guna periuk noxxa memang menjadi. Lauk pauk sampingan ada sup ayam, kangkung goreng belacan, tempe goreng berlado, telur masin, limau kasturi, daun sup dan bawang goreng homemade.
14 Jun 2026
Mencabar juga nak masak setiap hari untuk susun menu yang berbeza supaya family tak bosan. Ulang menu boleh je takde masalah asalkan bukan setiap hari.
Cie masak ayam masak lemak, ikan sungai goreng, kerepek kentang, ulam timun dan sambal belacan. Buah naga tu makan sebelum dinner. Tak manis sangat sedap juga.
15 Jun 2026
Kalau ada ikan selang seli la dengan menu ikan. Ikan siakap kukus, telur dadar, ayam goreng tepung bestari, ulam timun dan jambu asamboi. Ayam kena standby juga ada masa adik Rania tak makan ikan.
16 Jun 2026
Ada masa malas juga nak masak jadinya ke pasar malam la hari Selasa. Takdela malam, pasar sebelah petang. Jarang juga pergi taktau nak beli apa.
Faiz beli nasi kerabu dan pulut panggang. Cie dan anak-anak pulak makan popia crab cheese, roti john dan ayam gunting. Roti john premium katanya. Entah apa yang premium.
17 Jun 2026
Waktu lunch tu makan Marrybrown. Sebelah malam dah malas nak masak nasi. Cie masak mi sedaap 4 peket, telur mata, timun dan cili padi. Senang je mi sedaap yang goreng tu cuma rebus mi je lepas tu gaul perencah.
18 Jun 2026
Kembali masak menu nasi. Ayam tumis belimbing buluh, telur dadar dan kobis bulat goreng. Tumis ayam tu main masak je sebab dah takde idea nak masak apa. Belimbing buluh frozen ada banyak lagi stok.
19 Jun 2026
Takde idea dah nak masak, buat nasi goreng jela. Lepas tu buat ayam goreng tepung bestari, ulam timun, tomato ceri dan cili padi. Stok keropok dah habis. Buah jambu asam boi.
20 Jun 2026
Idea nak masak nasi tak muncul. Jadinya masak mi goreng jela, telur mata kicap, timun dan cili padi. Timun tu ada cikgu bagi ke Faiz jumpa kat masjid. Katanya projek pertanian kat sekolah tanam timun.
Selesai menu dinner dari 13 Jun hingga 20 Jun. Minggu 21 nanti entahla nak masak apa pulak ye. Ada ayam, udang, ikan yang Faiz beli.










16 Ulasan
Sedapnya
BalasPadamAlhamdulillah..ok tu. Kalau kak Linda, dok sekali Ritu.. memang kena masak nasi..sebab laki perut nasi.. hahaha. Malam² kalau masak mee, cnfrm dia tkmo.. hahaha... kalau nasi goreng boleh.. lauk dia tak cerewet ,janji nasi.
BalasPadamNak masak tu kejap je Cie kan .. nak dapat idea tu yg mencabar sebenarnya. Apapun sedap² masakan Cie ni
BalasPadamThank you dah sharing menu yg Cie masak, boleh jadikan rujukan idea nak masak apa nanti
BalasPadampaling masalah bila x tau nak masak apa dan x tau nak pelbagaikan menu masakan kan Cie...tu yang jadi lauk ulang- ulang tu...2 minggu ni nanti rumah akan berkecah..dapur close for renovation..maybe boleh masak maybe x boleh masak..nak cari multicooker la..sian plak kat PZ nanti kalau asyik makan kat luar je..kan?
BalasPadamalhamdulillah, semua sedap2 tu. morning cie! MZ singgah BW ni
BalasPadamaduhai.Trliur tgk siakap kukus tu =D
BalasPadamMeriah betul menu Cie.. Sesekali masak mi goreng atau maggi goreng pun sedap ja kan..
BalasPadamSuka variasi menu Cie sekeluarga. Tak la makan lauk yg sama aje. Betullah, ada masa memang malas nak masak, beli jer la senang.
BalasPadamRajin Chi...kalo semua seia sekata nk makan menu yg sama mmg best masak...
BalasPadambetullah...masak jelah apa2 walaupun simple.
BalasPadamMi Sedaap tu anak² akak suka.
BalasPadamMenu seminggu..meriah ..
BalasPadamMenu Cie, sedap2 semua
BalasPadamBubur nasi di menu tgl 13 tuh, drooling lihatnya .. apalagi ada telur asin 😍😍😍. Masak pakai noxxa memang jadi lebih mudah yaaa.
BalasPadamMasi kerabu nga juga kliatan enak kak. Beruntung saya pas di KL masih sempat beli nasi kerabu juga. Terpuaskan lah rindu makan nasi kerabu ayam percik
Semua sedap, semua kita suka!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.