Menu Dinner 21 Jun - 26 Jun 2026

Sepanjang minggu 21 hingga 26 Jun ni ada terselit juga menu dinner beli je. Selebihnya Cie masak je semuanya walaupun ketandusan idea dah nak masak apa. Hentam jela masak yang simple untuk family. 



Menu Dinner 21 - 26 Jun 2026

21 Jun 2026


Bosan masak nasi berlauk, kita masak menu western la pulak. Kebetulan Faiz ada beli chicken wing. Kecil sangat dah macam burung. Cie perap wings tu dengan kicap cair, sos tiram, tepung jagung, serbuk lada sulah. Lepas tu goreng. 

Cie buat juga meatball cheese blackpepper sauce. Nak habiskan mozarella cheese sebelum expired. Buat juga sikit coleslaw. Gaul kobis dengan kewpie mayo. Tak berapa sedap. 


22 Jun 2026


Kembali ke menu nasi dengan lauk pauk. Cie masak asam pedas ikan. Tak sure ikan apa. Takde tulis masa beli tu dah siap potong. Dia letak 6 ketul RM12. 99. Cie masak 4 ketul je. Letak bendi, daun kesum, bendi, tomato. Kantan je takde. 

Adik Rania tak makan sangat ikan. Cie masak juga ayam yang Cie gaul dengan serbuk ayam madu Adabi, gula dan sedikit minyak. Lepas tu goreng. 

Sayur Cie buat peria tepung bestari dan cendawan tiram. Bancuh tepung bestari, celup dan goreng. 


23 Jun 2026


Kakak Raisha request ayam bawang. Senang ibu tak payah fikir dah. Suruh kakak Raisha petik daun kari dalam pasu yang hidup segan mati takmau tu. Kurus keding, jadi hitam, ada ulat hinggap. Dapat la sikit. Ambil daun pandan juga. Daun pandan je elok. 

Dah ada ayam bawang, Cie rebus telur masin, celur bendi dan potong timun. Timun pemberian cikgu taman Cie ni pelajarnya tanam timun untuk projek pertanian. Buah epal asam boi. 


24 Jun 2026


Masak lemak udang letak tomato ceri dan belimbing buluh yang Cie simpan stok frozen. Cie goreng juga ikan sungai dan 2 keping ikan yang Cie buat asam pedas sebelum tu. Ulam timun dan sambal nasi ayam lunch adik Rania ada lebih. Banyak betul sambalnya memang Cie simpan jela boleh makan. Stok sambal belacan tak rajin nak buat. 


25 Jun 2026


Ni memang kering idea dah. Tengok rempah sup siam ada lagi Cie masak jela sup ayam. Telur masin pun ada sebiji lagi rebus je habiskan. Goreng ikan masin seekor. Masak peria dengan telur. Sebiji jambu dan makan dengan asamboi. 


26 Jun 2026


Mulanya nak masak telur je sebab bahan mentah dah habis dalam freezer. Sampai rumah macam malas pulak. Whatsapp je kat Faiz order burger dan chicken chop. 


Chicken chop kakak Raisha dan adik Rania order. Ada sosej, fries dan coleslaw. Chicken chop kureng sikit tepung salutannya tebal dan macam tak masak. Warna pun pucat. Coleslaw pulak carrot je banyak. 


Cie order burger daging patty homemade tebal sikit. Taknak sos, tambah cheese. Kalau ada banyak sayur lagi sedap tu. Salad dan timun sikit sangat. 

Berakhir cerita menu dinner bagi 21 Jun hingga 26 Jun 2026. Semoga ketemu di ruangan menu dinner akan datang. Semoga muncul la idea nak masak apa pulak. 










Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Semua menu nampak sedap Cie... menyelerakan, nanti takde idea, bolehlah tiru menu sini yaaaa

    BalasPadam
  2. Sedap tu burger daging patty homemade. Puas makan.

    BalasPadam
  3. Tengah fikir nak masak apa malam ni huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.