Menu Dinner 21 - 26 Jun 2026
21 Jun 2026
Bosan masak nasi berlauk, kita masak menu western la pulak. Kebetulan Faiz ada beli chicken wing. Kecil sangat dah macam burung. Cie perap wings tu dengan kicap cair, sos tiram, tepung jagung, serbuk lada sulah. Lepas tu goreng.
Cie buat juga meatball cheese blackpepper sauce. Nak habiskan mozarella cheese sebelum expired. Buat juga sikit coleslaw. Gaul kobis dengan kewpie mayo. Tak berapa sedap.
22 Jun 2026
Kembali ke menu nasi dengan lauk pauk. Cie masak asam pedas ikan. Tak sure ikan apa. Takde tulis masa beli tu dah siap potong. Dia letak 6 ketul RM12. 99. Cie masak 4 ketul je. Letak bendi, daun kesum, bendi, tomato. Kantan je takde.
Adik Rania tak makan sangat ikan. Cie masak juga ayam yang Cie gaul dengan serbuk ayam madu Adabi, gula dan sedikit minyak. Lepas tu goreng.
Sayur Cie buat peria tepung bestari dan cendawan tiram. Bancuh tepung bestari, celup dan goreng.
23 Jun 2026
Kakak Raisha request ayam bawang. Senang ibu tak payah fikir dah. Suruh kakak Raisha petik daun kari dalam pasu yang hidup segan mati takmau tu. Kurus keding, jadi hitam, ada ulat hinggap. Dapat la sikit. Ambil daun pandan juga. Daun pandan je elok.
Dah ada ayam bawang, Cie rebus telur masin, celur bendi dan potong timun. Timun pemberian cikgu taman Cie ni pelajarnya tanam timun untuk projek pertanian. Buah epal asam boi.
24 Jun 2026
Masak lemak udang letak tomato ceri dan belimbing buluh yang Cie simpan stok frozen. Cie goreng juga ikan sungai dan 2 keping ikan yang Cie buat asam pedas sebelum tu. Ulam timun dan sambal nasi ayam lunch adik Rania ada lebih. Banyak betul sambalnya memang Cie simpan jela boleh makan. Stok sambal belacan tak rajin nak buat.
25 Jun 2026
26 Jun 2026
Chicken chop kakak Raisha dan adik Rania order. Ada sosej, fries dan coleslaw. Chicken chop kureng sikit tepung salutannya tebal dan macam tak masak. Warna pun pucat. Coleslaw pulak carrot je banyak.
Berakhir cerita menu dinner bagi 21 Jun hingga 26 Jun 2026. Semoga ketemu di ruangan menu dinner akan datang. Semoga muncul la idea nak masak apa pulak.










15 Ulasan
Semua menu nampak sedap Cie... menyelerakan, nanti takde idea, bolehlah tiru menu sini yaaaa
BalasPadamSedap tu burger daging patty homemade. Puas makan.
BalasPadamTengah fikir nak masak apa malam ni huhu
BalasPadamsemua nampak sedap
BalasPadamSemua pun sedap... tak kisahlah walau ada menu beli terseli😆
BalasPadamAkak last week rasanya 2 kali je masak huhu.. Ahad nak masak, asben dah tapau. Jadi simpan balik lauk dan sayur.
MasyaAllah....rahinnya Cie....rasa nak tumpang semulut dua😍
BalasPadamAlhamdulillah.. nampak sedap semuanya, effort kita tu yg penting
BalasPadamTengok menu chicken wing tu rasa nak buat jugalah menu western gini.. tq Cie konsisten berkongsi idea 💐
BalasPadamSy suka asam pedas ikan pari. Tapi masih belum lulus nk masak sndiri =D
BalasPadamMasya-Allah, rajinnya Cie masak pelbagai menu untuk keluarga walaupun tengah kering idea! Semua menu nampak menyelerakan, terutamanya chicken wing perap dan asam pedas tu. Terima kasih kongsi idea menu dinner!
BalasPadamsy terkejut tengok gmbr yg first tu sebab besar sgt ;-)
BalasPadamsedap2 smua menu tu..beger kalo bli mmg suka beger daging...dpt yg homemade tu tebal patty tu best
BalasPadamMelihat telur asin kakak, yg kuningnya nampak Masir berminyak, langsung drooling saya 🤤🤤🤤🤤. Sukaaaa kuning telur asin yg begitu...
BalasPadamUdang masak lemak pun kliatan sedaap 👍👍
Rempah sup Siam memang kena ada kat rumah, sedap kan.
BalasPadamas inspiring as always!
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.