Pada 30 Jun 2026, Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis telah menghantar dua orang wakil untuk menyertai Pertandingan Memasak Masakan Etnik Negeri Pahang yang dianjurkan oleh Jabatan Dietetik dan Sajian, Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh.
Hospital Kuala Lipis diwakili oleh dua orang Pembantu Penyediaan Makanan iaitu:
1. Rosminah binti Ali
2. Fazliatulhanim binti Abdullah Hassim
Dalam pertandingan ini, wakil Hospital Kuala Lipis mempertaruhkan hidangan tradisional Aserom Ayam, iaitu masakan warisan masyarakat Pahang yang terkenal dengan gabungan rasa masam, pedas dan aroma harum daripada buah perah.
Bagi memastikan penyertaan Hospital Kuala Lipis lebih tersusun dan menarik, pelbagai persiapan telah dilakukan beberapa hari sebelum pertandingan. Selain menyediakan bahan masakan, perhatian turut diberikan kepada konsep hiasan meja hidangan agar selari dengan tema masakan tradisional.
Cie turut berpeluang membantu menyediakan beberapa poster dan infografik menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan maklumat mengenai Aserom Ayam termasuk sejarah, asal usul, resipi, keunikan dan nilai pemakanannya. Bahan-bahan ini digunakan bagi menambah nilai pada persembahan serta memberi penerangan kepada pengunjung dan panel juri.
Persiapan pertandingan ini turut mendapat kerjasama padu daripada beberapa orang staf Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis yang bersama-sama membantu menyediakan bahan masakan, memberi dekorasi meja pameran dan memastikan segala persiapan berjalan lancar. Semangat kerja berpasukan inilah yang menjadi antara kekuatan penyertaan team kami.
Bagi melengkapkan dekorasi meja, Cie juga menyumbangkan beberapa barangan sebagai prop, termasuk pinggan lama peninggalan arwah mak yang masih disimpan dengan baik. Pinggan tersebut memberikan sentuhan klasik dan nostalgia, sekali gus menyerlahkan suasana hidangan tradisional negeri Pahang. Beberapa barangan lain turut digunakan bagi melengkapkan konsep persembahan.
Alhamdulillah, usaha dan kerjasama seluruh pasukan membuahkan hasil apabila Hospital Kuala Lipis berjaya meraih tempat kedua (Naib Johan) dalam pertandingan tersebut.
Keputusan Pertandingan Memasak Masakan Etnik Negeri Pahang 2026:
Johan – Hospital Jerantut
Hidangan: Gulai Ayam Belimbing Hitam
Naib Johan – Hospital Kuala Lipis
Hidangan: Aserom Ayam
Bunga telur tu meja sebelah punya. Rapat sangat.
Tempat Ketiga – Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh
Hidangan: Ayam Masak Tempoyak Batang Keladi
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang telah memeriahkan pertandingan ini. Semoga program seperti ini terus menjadi medium untuk memelihara, memperkenalkan dan memartabatkan warisan masakan tradisional negeri Pahang kepada generasi akan datang serta dapat mengeratkan silaturahim antara semua.
Cie tak dapat join hari pertandingan tu ada tugas hakiki lain yang perlu diselesaikan. Dapat gambar dari team jela.
Kalau Cie join sekali tu mesti banyak dah gambar dan video yang Cie akan snap. Video pengumuman pemenang pun takde. Dapat gambar jela.













18 Ulasan
Wahhhh tahniahhhh kepada semua pemenang. Menariknya ada aktiviti pertandingan memasak macam ni.
BalasPadamresepi naib juara ni first time ammi dengar. Yang juara & tempat ketiga dah biasa dengar. Rasa macam nak cuba tapi mana pulak nak cari perah rom tu.
BalasPadamSedapnya walaupun x pernah makan..
BalasPadamAlhamdulillah tahniah Cie & team 👏🏻👏🏻👏🏻
BalasPadamSeronok ada pertandingan begini, dapat kenal resepi tradisi.
tahniah Cie&anakbuah...gulai asam rom ni saya dah kerja baru dapat merasa masa outstation ke ulu tembeling,sepanjang di Kuantan tak pernah makan
BalasPadamWahhhh.. tahniah¹⁰⁰⁰ utk team Cie yg menang nasib juara. Tentu sedap masakan Asarom Ayam ni. Kita rasa juara tu dapat extra markah kat hiasan meja yg klasik dan tulisan jawi tu.
BalasPadamtahniah utk smua pemenang..1st time dgr menu Aserom Ayam
BalasPadamPinggan tu memang klasik. Ibu mertua ada warna bunga hitam.
BalasPadamSyabas dan tahniah, naik nama kuala Lipis.Kena bersyukur kehebatan ini..
BalasPadamBagusnya ada acara beginiiiii. Jadi bisa memperkenalkan makanan khas Tempatan. Saya baca bahan2nya, dan deskripsi rasa dari aserom ayam, confirm suka seperti nya 😍😍😍
BalasPadamAlhamdulillah, tahniah Cie dan seluruh team Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lipis Hebat betul dapat raih Naib Johan. Jujurnya, ini kali pertama akak dengar nama menu 'Aserom Ayam' tu, nampak sangat unik terutamanya bila guna buah perah. Mesti kombinasi rasa masam manis pedas dia pikat selera juri. Terbaiklah..menu ni semua nanti masuk dalam menu hidangan pesakit ke?
BalasPadamAserom sedapnya
BalasPadamNampak gaya semua peserta guna pinggan mangkuk lama.
BalasPadamPernah dengar buah perah tapi tak pernah makan masakan dia. Tahniah team Kuala Lipis. Hebat semuanya
BalasPadamTahniah kepada semua peserta..1st time tahu menu Aserom ayam.
BalasPadamTahniah buat semua pemenang.. Semua masakan yang menang memberi keunikkan tersendiri.. Baguslah buat pertandingan macam ini..
BalasPadamwaaaa tahniahhh terbaek laaa
BalasPadamTahniah. Wah semua peserta dengan menu jarang jumpa.
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.