Cuba Menu Baru 7E Cafe

Lama tak share pasal 7E Cafe kan. Ada je membeli cuma dah jarang la sejak dah buat kopi sendiri ni. 20 Ogos yang lepas ada singgah beli makanan lunch. 

Cie nak try menu baru 7E Cafe, Australian Iced Chocolate tu dah beberapa kali sebelum ni nak order katanya dah habis. Kebetulan tanya cashier dia cakap ada so Cie pun order la nak try. 

Nampak pulak cheezy wedges, adik Rania pun nak try so beli la 1. Nanti kalau sedap kita repeat lagi. Wedges spicy yang 7E ni. 



Overall sedap jugak. Air coklat tu rasa macam milo ais yang pekat. Rasa coklat dia tu takdela kuat sangat tapi pekat la jugak. 

Spicy Cheezy Wedges tu pulak sedap, adik Rania cakap nanti kena repeat lagi beli. 

Selaku duta (gelaran geng blogger) yang tak dilantik boleh la korang try pulak ye. Hihi. 


Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.