Cuma Lipis bed lagi banyak dari Jengka so kalau 1 perjawatan agak mencabar juga la nak buat kerja. Pegawai sebelum Cie pernah juga minta tambahan jawatan tapi biasa la kalau kumpulan sokongan ni agak sukar la.
Nak dijadikan rezeki lepas Cie masuk ke situ Cie pun keep on hantar permohonan pertambahan jawatan setiap tahun dan tahun 2014 alhamdulillah permohonan diluluskan. Ada la yang masuk lapor diri tahun 2014. Rasanya tak sampai setahun beliau resign dan kembali ke kerja asalnya lecturer kolej swasta. Kembali la dengan 1 perjawatan semula diisi dan 1 perjawatan baru tu kosong.
Tahun 2016 pulak keluar arahan untuk trade off 1 perjawatan tu ke pergigian. Bermula la episod Cie kembali kerja sorang. Ulang balik proses yang sama untuk mohon perjawatan lagi. Setiap tahun tanpa gagal.
Ada tahun yang kami cuba mohon untuk pindah butiran post dari Hospital Rompin sebab mereka ada 3 post. Terlalu banyak untuk hospital daerah yang kecil. Permohonan ditolak oleh Pengarah mereka. Mereka tu memang dapat post semasa pembukaan hospital tu yang banyak.
Takpe kami cuba cara lain. Ketua Bidang negeri cuba pulak mohon pindah butiran 1 post dari Hospital Bera sejak tahun 2023 kalau tak silap Cie. Akhirnya tahun 2026 permohonan diluluskan dan pada 18 Ogos 2026 sekali lagi Hospital Kuala Lipis dapat perjawatan baru Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dan pegawai itu telah melapor diri.
Actually pegawai ni bukan la pegawai baru. Dah senior dari Cie. Dah 25 tahun servis dan katanya tahun 2029 dah nak pencen. Asalnya beliau bertugas di Hospital Jerantut selepas bertukar dari Sarawak. Selepas tu bertukar ke Hospital Bera dan kini di Hospital Kuala Lipis.
Alhamdulillah ringan dah beban tugas Cie selama ni. Semoga dipermudahkan urusan kami untuk bekerjasama. Cie pun dah siap kemas mejanya pada 14 Ogos hari tu. 18 Ogos datang lapor diri.
![]() |
| Bagitau siap-siap muka flawless ni filter handphonen ni je. Bukan kulit sebenar. Hahaha |
Kami kenal dah lama sejak Cie masuk kerja tahun 2008. Mula posting di Jengka dulu Cie pernah buat attachment di Jerantut selama 4 hari. Cie belajar dari beliau masa mula-mula dapat kerja ni hari tu. Sekarang dia pulak belajar dari Cie selok belok kerja di sini.
Best la ada kawan borak macam-macam. Takdela sorang je dalam office yang ada 3 meja. Akak ni nanti akan pencen tahun 2029, harapnya selepas beliau pencen nanti terus la ada pengganti. Katanya nak pencen awal untuk berehat.



4 Ulasan
Alhamdulillah setelah laluan berliku untuk mendapatkan perjawatan akhirnya Cie akan ada rakan sekerja baru yang akan bersama-sama dengan Cie melaksanakan amanah yang sangat penting. Semoga Cie dan rakan sekerja baru akan ngam dan bisa bekerjasama dengan baik. Good luck Cie
BalasPadamhappy working cie!
BalasPadamLama jugak ya tempoh nak dapat staff baru tu. Lepasni adalah kawan borak2, ada yg boleh bantu buat kerja. Mesti seronok sikit
BalasPadambyk lokasi dh die berpindah ye...slamat bekerjasama dgn rakan sekerja baru
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.