Sarapan Pagi 16 Ogos 2026

Start dari Jumaat tekak Cie macam ada something. Bila nak menelan tu tak selesa. Semalam Sabtu macam nak selsema dah. Cie telan ubat selsema malam tadi dan makan difflam untuk sakit tekak. 

Pagi ni pun masih rasa tak sedap tekak. Selsema ada la sikit. Rasanya effect sinus je ni. Harapnya tak melarat la. So pagi ni Faiz beli je sarapan dan dia sorang je keluar beli barang dapur. Sebelum Faiz pergi beli barang dapur, dia beli sarapan dulu. 


Faiz beli nasi dagang gulai ayam untuk Cie, untuk anak-anak nasi lemak ayam, karipap dan pulut panggang. Karipap ni tak berapa sedap walaupun ditulis karipap sedap. Cie lagi suka beli karipap pusing yang takde tulis sedap tu, lagi sedap dari yang ni. 



Nasi dagang ni sentiasa sedap memang kena dengan tekak Cie. Selalu jugak beli. Cie lebih suka ayam dari ikan. Tak suka sangat ikan. 

Cie makan nasi dagang dengan keropok ikan yang Cie beli kat Shopee. Stok keropok kering dah habis. Beli jela keropok yang ready to eat ni. Cie beli di Shopee Keropok Mfaizz 2 peket. Dah habis sepeket, nanti nak beli lagi. Senang tak payah nak goreng dah. 




Dapat sos keropok jugak sekali dalam tu. Sedap keropok ni. Hancur sikit je. Seller bungkus dengan elok je dalam bubble wrap dan dalam kotak. 


Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Keropok ni memang sensitif juga. Mana tahu dalam perjalanan tu kurier campak je parcel kan....melawat Cie jam 11.06 pagi.

    BalasPadam
  2. berapa RM kalau nasi dagang macam tu?

    BalasPadam
  3. Dah lama x beli keripok kecik² tu di pasar JKR dekat ngan opis. Kena cr balik la pakcik yg jual.kopok tu buat kudap² kat opis heheh

    BalasPadam
  4. Saya nasi dagang suka dengan ikan tongkol.
    Hehe karipap sedap yang tidak sedap.

    BalasPadam
  5. Semoga cepat baik. Sedap tu dapat sarapan nasi dagang favourite. Gulai ayam pun sedap juga. Senang beli keropok ready to eat. Suka makan dengan sos dia bagi tu berbanding sos cili beli kat supermarket tu. Rasa dia berbeza, sos homemade sedap lagi kalau buat cicah keropok ikan kan.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.