Semalam dah restock barang dapur. So boleh la masak menu breakfast pagi ni. Masak mi goreng tanpa sayur. Letak fish ball dan isi ayam je. Bawang putih ketuk-ketuk je, bawang besar hiris. Tumis je campak-campak.
Cie guna kicap Kak Zaidah. Ramai cakap sedap kicapnya. Masak mi tadi terus rasmikan. Letak kicap tu je takde campur sos dah. Warnanya pun elok je gelap. Cuma masin sikit la. Kalau guna kicap tu jangan campur bahan perasa lain dah.
Goreng telur mata, keropok warna warni. Habis dah stok keropok ikan Cie. Bila entah nak pergi memborong keropok. Lama tak ke Kuantan. Selalu beli keropok kat sana. Cie potong timun dan cili potong juga.
Pukul 9 baru sarapan. Lepas sarapan melayankan adik Rania request nak kek batik. Dia nak yang original je taknak ada coklat ganache atau indulgence. Buat la jugak tadi, dah sejukkan dulu dalam fridge. Nanti dah set baru boleh potong.
Cie dan kakak Raisha suka kek batik coklat ganache dan indulgence. Dah adik Rania nak yang biasa je layankan jela.






11 Ulasan
wahhhs sedapnya mee goreng! pg ni MZ masak nasi lemak ajer
BalasPadamSedap nampak mee goreng nya😋
BalasPadamMenariknya nmpk kek batik tu =)
BalasPadamKalau asin memang harus ditambah bumbu lain supaya balance. Dah lama tak buat kek batik. Dulu masa viral pernah buat beberapa kali, memang sukaaaa 😍
BalasPadamooo ye ke?
BalasPadamsng laa kerja mcm tu kalau nk msk mi goreng
beli kat shopee ke tu?
oo kicap mee tu kiranya dah ada perasa lah ya.
BalasPadamSedapnya mi goreng sarapan pagi! Rajinnya buat kek batik pulak lepas tu. Kek batik gebu macam ni memang resepi pencuci mulut kegemaran sekeluarga.
BalasPadamsedapnya nampak menu ni , kek batik tu kalau dapat makan sejuk sejuk sedapnya
BalasPadamLinda, Kalau buat sendiri, memang buat biasa jelah.. hihihi
BalasPadamKalau hujan-hujan ni memang malas nak keluar rumah. Masak je lah apa yang ada. Pernah nampak pes ni kat TikTok. Mudah je ada pes mi goreng. Kerja masak jadi cepat sikit siap.
BalasPadamKek batik klasik juga jadi pilihan kan. Sentiasa sedap.
Mudahlah ada kicap mee ni tapi nak kena adjust jugalah supaya tak masin kan..
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.