Dah alang-alang sampai ke Bentong mesti la kena singgah Kenangan Coffee. Selepas siap servis kereta kami terus singgah Kenangan Coffee Bentong. Mulanya macam nak melepak kat situ tapi tak jadi, Cie rasa tak sihat. 









Order siap-siap sebelum sampai ke situ untuk pick up. Ingatkan nak try sandwich yang viral kat Thread tu takde pulak. Order yang biasa jela. 


Cie order:
  1. Iced Kenangan Latte
  2. Cream puff 3 flavour (kenangan puff, chocomilk dan butter nutty) 
  3. Biscoff croissant





Memang selalu order cream puff dan biscorf croissant tu. Cream puff tu memang sedap macam rasa makan aiskrim kalau letak dalam fridge. 

Balik tu Cie terus simpan dalam fridge. Petang baru makan buat minum petang. Kami 3 beranak je makan. Faiz tak makan sangat. 



Lipis takde Kenangan Coffee jadinya kalau ke Bentong atau Jerantut mesti singgah. Kalau dibuka kat Lipis memang Cie jadi regular customer la. Hihi