Terima Hadiah Top Komentator Blog Shikin Razali

Awal Julai 2026 hari tu blogger Shikin Razali ada buat 1 post mengumumkan Top Komentator Bulan Februari - Julai 2026. Cie diumumkan sebagai salah seorang pemenang. Alhamdulillah rezeki. 


Cie ni tinggalkan je jejak kat blog kawan-kawan blogger. Kalau ada lalu post kat reading list Cie, InsyaAllah Cie akan tinggalkan komen. Pendek-pendek pun komen jugak. Banyak blog nak kena tinggalkan jejak walaupun seharian busy. Waktu malam jela ada masa blogwalking. 

Kalau tersenarai dalam top komentator kawan-kawan tu Alhamdulillah rezeki. Cie dah bagi details kat Shikin. Shikin ada cakap yang hadiah lambat. Cie ok je tak kesah. 

22 Julai 2026 Shikin ada email bagitau dah post hadiah melalui Shopee. Cie reply 23hb tak perasan email masuk. Lepas tu Cie pun dah lupa. Sehingga la 27 Julai Shikin ada email lagi tanya hadiah dah sampai ke belum. Cie maklumkan belum sampai. 

Shikin check kat Shopee katanya dah sampai. Sekali Shikin send gambar bukan rumah Cie. Selang sebuah runah parcel tu mendarat. Rupanya Shikin salah pin adress kat Shopee. Nombor rumah Cie 56, Shikin pin tu 54.

Rumah jiran Cie tu dia tak duduk. Baru beberapa bulan dia beli dan jadikan homestay. So jarang la dia datang situ. Cie pun mintak Faiz cari nombor handphone jiran tu. Mujur la Faiz kenal dan jiran 1 tempat kerja dengan kawan Faiz. So Faiz terus contact jiran tu bagitau ada parcel salah hantar. 

Petang tu juga la Faiz ambil kat rumah jiran. Kalau Shikin tak tanya memang Cie dah lupa jugak. Parcel tu pulak rider letak atas peti ais yang jiran tu letak kat luar rumah. Memang owner tu tak nampak la dia pun takde balik ke situ. 

Nasib baik selamat dah terima hadiah dari Shikin. Terima kasih banyak Shikin atas kiriman rempah-rempah ni. Pertama kali juga dapat rempah Cap Bunga Rose ni memang sedap buat gulai ni. Cie tak pernah beli, rezeki la Shikin bagi. Alhamdulillah. 


Ada 4 peket semuanya. Nanti kalau dah masak Cie akan share. Terima kasih blogger Shikin Razali. Maaf lambat sikit share kat blog. 


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Alhamdulillah, rejeki dapat hadiah.

    BalasPadam
  2. Tahniah Cie... Seronok la dapat banyak rempah nak memasak hehe

    BalasPadam
  3. tahniah kak cie!

    kena aktifkan semangat mengomen dekat blog rakan blogger macam ni..

    BalasPadam
  4. Macam cap tepung gandum tu je.. tak pernah nampak lagi yang rempah punya

    BalasPadam
  5. Wahhh..best ni dpt stock rempah2 =)

    BalasPadam
  6. Tahniah Cie! Lepas ni mesti keluar entry menu2 guna rempah2 ni pulak 😄

    BalasPadam
  7. Tahniah Cie, rezeki dapat hadiah top komentator blog! Nasib baik perasan parcel mendarat kat rumah jiran. Rempah Cap Bunga Rose tu nanti nak masak gulai apa dulu Cie?

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.Tahniah Cie. Susah juga tu kalau silap pin. Ada drama pulak kat situ kan. Mujurlah dapat parcelnya. Lepas ni dapatlah memasak dengan rempah-rempah tu.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah,masih rezeki kak cie 😄. Tak hilang paketnya. Aiiih banyak juga bumbu yg dibagi yaa 😍😍😍. Sebagai orang yg tak pandai masak, memang bumbu begini saya suka. Membantu dalam hal masak2

    BalasPadam
  10. Mujur orang tu tiada di rumah. Takut orang ambik. Alhamdulillah, kalau dah rezeki, tak kemana. Dapat rempah, sesuai untuk Cie yang rajin memasak.

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Tahniah Cie.. Menariklah peket rempah tu..

    BalasPadam
  12. Tahniah Cie, menggulai lah kita ya 😊
    Macam tak perasan pulak rempah cap rose ni.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.